Assalamualaikum,
Dah lama blog ni tidak di update tetapi alhamdulillah, masih ada yang sudi masuk melayari resipi-resipi lama yang tersimpan. Terima kasih banyak saya ucapkan.
Alang-alang ada masa petang ini, saya ingin berkongsi resipi kek pisang simple tetapi sangat sedap bila dinikmati dengan topping nutella dan parutan keju. Kek ini saya buat masa anak sulung balik bercuti mingguan dari asrama baru-baru ini. Sedap tau, gandingan kek ini dengan nutella & keju. Jom try buat kek pisang dengan nutella :)
KEK PISANG DENGAN NUTELLA
Saiz loyang : 8 inci
Bahan-bahan
3 biji telur - Gred A
200gm tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
120gm gula kastor (saya guna gula perang)
120gm mentega
200gm pisang - dilenyek
1 sudu teh esen pisang/vanilla
Cara membuatnya :
1. Panaskan oven pada suhu 180'c. Sediakan loyang bulat bersaiz 8 inci dan sapu dengan mentega. Lapik dengan kertas baking, ketepikan seketika.
3. Masukkan telur satu demi satu dan pukul lagi hingga sebati dan masukkan esen pisang/vanilla.
2. Didalam mangkuk adunan, pukul mentega dan gula kastor sehingga ringan dan gebu.
4. Seterusnya masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder kedalam bahan yang dipukul tadi dan kaup balik hingga sebati. Masukkan juga pisang yang dilenyek kedalam adunan.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)