Assalamualaikum,
Kek Mentega Oren ni memang kegemaran keluarga saya dan tak pernah miss membuatnya setiap kali tibanya hari lebaran atau ada majlis kenduri kendara. Rasanya yang agak 'light' dan kurang manis tu memang memikat selera. Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak dan dijamin menjadi jika ikut step by step yang disediakan.
Jom tengok, apa saja bahan yang diperlukan untuk kek ini dan jangan lupa untuk mencuba ye :)
KEK MENTEGA OREN
Bahan-bahan
227gm mentega
200gm gula kastor
4 biji telur - Gred A
1 sudu besar parutan kulit oren - Parut bahagian kuning sahaja
270gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
5 sudu besar jus oren
Cara membuatnya :
1. Lengserkan loyang bulat bersaiz 8 inci dan panaskan loyang 180'c. Ayak tepung dan baking powder, ketepikan seketika.
2. Putar gula dan mentega hingga berkrim.
3. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga adunan menjadi ringan dan gebu. Masukkan pula parutan oren.
4. Perlahankan kecepatan mixer dan masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus oren. Kacau hingga bercampur rata.
5. Tuang adunan kedalam loyang dan bakar selama 50minit ataupun sehingga kek masak. Sejukkan kek sebelum dipotong.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)