NASI MINYAK HUJAN PANAS & DAGING MASAK HITAM YANG SEDAP.

Assalamualaikum,


Resepi nasi hujan panas dan daging masak hitam ini amat sesuai di hidangkan untuk majlis berbuka puasa atau boleh juga di jadikan menu menjelang lebaran nanti. Resepinya ringkas sahaja dan rasanya memang sedap. Anak-anak saya begitu menggemarinya.

Bagi yang ingin mencuba, saya sertakan resepinya di sini. Maaf atas kesulitan jika terpaksa menyalin resepi kerana blog ini tidak dapat di copy paste. Saya terpaksa 'setting' begini di sebabkan gambar dari blog ini sering di ambil tanpa kebenaran dan di gunakan untuk memasarkan produk sendiri bagi sesetengah individu. Walaupun tidaklah secantik mana dan hanya menggunakan kamera murah, tetapi ini karya koleksi saya sendiri.

Baiklah, jom kita lihat resepinya... :)

NASI MINYAK HUJAN PANAS
Sumber resepi  : dapurmamasya 

Bahan-bahan ( 5 orang ) 
4 cawan beras basmati 
5 cawan air - letak lebih air sesuaikan dengan beras 
2 kiub ayam 
2 helai daun pandan 
pewarna merah, kuning dan hijau 

[bahan tumis] 
1/2 inci halia 
2 ulas bawang putih 
1/2 biji bawang besar 
2 sudu besar minyak masak 
1 sudu besar minyak sapi- letak 1 1/2 sb 
1 batang kulit kayu manis 
2 kuntum bunga lawang 
3 kuntum bunga cengkih 
3 biji buah pelaga 

[bahan hias] 
bawang goreng , kismis 

Cara-cara 

1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.

2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang.

3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi 
Masukkan beras dan gaul rata.

4. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan dan masaklah nasi sehingga masak.
 
5. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu dan Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka 

DAGING MASAK HITAM YANG SEDAP
Sumber : dapurmamasya

Bahan-bahan 
1 kg daging - dipotong nipis 
3 ulas bawang merah - dihiris 
2 ulas bawang putih - dihiris 
3 kuntum bunga lawang 
2 inci kulit kayu manis 
1/2 cawan kicap pekat 
air asam jawa secukupnya 
garam secukup rasa 
Minyak masak untuk menumis 
Bahan Kisar 
4 biji bawang besar 
3 inci halia 
4 ulas bawang putih 
20 biji cili kering - rendam dengan air panas 
1 sudu kecil jintan manis 
1 sudu kecil jintan putih 
1 sudu kecil ketumbar 
Cara :

1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan hiris, bunga lawang & kayu manis hingga wangi. Masukkan bahan kisar & tumis hingga garing & terbit minyak.
 
2. Masukkan daging, air secukupnya & renih sehingga daging empuk.
3. Masukkan kicap pekat, air asam jawa & garam secukup rasa. Tambah serbuk perasa jika suka. Biar kuah agak pekat & secukup rasa. Bila daging cukup empuk bolehlah hidangkan. (sekiranya daging tak cukup empuk... boleh tambahkan lagi air & masak lagi hingga kuah agak kering) 

* Oleh kerana kelam-kabut masak untuk berbuka baru saya sedar yang saya terlupa ambil gambar satu step lagi iaitu daging yang telah di masukkan kicap. Haish...kecewa betul. 

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)