KUIH LOMPANG GULA MERAH

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, sudah seminggu umat islam menjalani ibadah puasa dan selama itu saya tidak 'update' blog ini dengan resepi-resepi baru. 

Bagi blogger masakan seperti saya, terkadang niat berkongsi resepi untuk memudahkan dan memberi idea kepada surirumah menyediakan juadah berbuka atau bersahur juga di salah ertikan sebagai ingin menunjuk-nunjuk juadah dan mengurangkan pahala orang berpuasa. Maklum sahaja entri blog juga di kongsikan di media lain seperti facebook. Persepsi yang begini membuatkan saya lebih berhati-hati berkongsi resepi di bulan yang mulia ini dan memilih masa yang sesuai untuk update blog.

Asalkan niat betul untuk sama berkongsi dan bukan sekadar mengejar 'rating pengunjung blog', saya rasa ianya tak salah dan hari ini saya ambil kesempatan untuk berkongsi resepi kuih lama yang mudah untuk di sediakan iaitu kuih lompang gula merah.

Memang tak rugi mencubanya dan sungguh sedap sekali. Resepi ini adalah resepi asal dari chef idola saya iaitu Chef Hanieliza. Jom kita lihat resepinya.
KUIH LOMPANG GULA MERAH
sumber : Chef Hanieliza

Bahan A
2 cawan tepung beras
1/2 sudu kecil air kapur (bancuh dengan satu sudu air)
Sedikit kelapa muda diparut dan digaul dengan sedikit garam

Bahan B
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
4 cawan air

Cara membuatnya:

1.   Bancuh tepung dengan air kapur.
2.   Tuang air gula yang telah suam kedalam tepung dan kacau rata.
3.   Didihkan air dalam kukusan.Panaskan acuan lompang kedalam kukusan.

4.   Bila air dah mendidih, tuang adunan tepung kedalam acuan lompang yg telah dipanaskan tadi.
5.   Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.

6.   Bila dah sejuk, bolehlah keluarkan kuih dari acuan lompang tadi dan hidangkan dengan kelapa parut.

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)