Assalamualaikum,
Ramadhan makin menghampiri, InshaAllah 5 hari sahaja lagi dan semoga kita semua dapat bertemu bulan yang mulia ini serta meningkatkan amalan lebih dari tahun-tahun sebelumnya. Sebagai seorang isteri, ibu atau suri rumahtangga, memasak juga satu ibadah tambahan pula untuk dihidangkan kepada keluarga tercinta ketika berbuka puasa dan bersahur.
Kalau anda sedang mencari resipi yang mudah-mudah dan cepat dimasak sepanjang ramadhan ini, bolehlah rujuk ke blog ini. Semua resipi yang dipaparkan mudah diikuti dan disertakan langkah demi langkah.
Untuk hari ini pula, saya ingin berkongsi resipi puding yang paling mudah dan harum sangat dengan aroma daun pandan iaitu Puding Lumut. Jom kita lihat resipinya :)
PUDING LUMUT
20gm agar-agar serbuk
350gm gula pasir
250ml santan pekat
1250ml air
200ml jus pandan
1/2 sudu teh garam
3 biji telur - di pukul dengan garfu
Cara membuatnya :
1. Blender 15helai daun pandan dengan 200ml air dan perah ambil jusnya.
2. Masukkan semua bahan kedalam periuk dan nyalakan api dapur.
3. Pukul telur dengan garfu dan tuang kedalam periuk tadi serta masaklah menggunakan api sederhana. Sentiasa kacau agar tidak meruap.
4. Setelah mendidih sepenuhnya, kecilkan api dapur dan biarkan masak sebentar diatas dapur. Ketika ini motif lumut akan terbentuk dan tutup api dapur.
5. Tuang ke dalam loyang, biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti ais untuk rasa yang lebih sedap.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)