Assalamualaikum,
Alhamdulillah hari ini kita dah melalui 2 Ramadhan 1437H dan semoga segalanya berjalan dengan lancar serta amalan puasa kita diterima, bukan sekadar lapar dan dahaga sahaja. InshaAllah pada bulan puasa ini Fiza's Cooking cuma akan siarkan entry blog pada waktu malam sahaja untuk menghormati bulan Ramadhan yang mulia.
Semoga dengan perkongsian yang tidak seberapa ini dapat memberi manafaat dalam menyediakan juadah berbuka ataupun bersahur untuk keluarga tercinta. Perkongsian pertama saya untuk bulan puasa tahun ini adalah Apam Beras yang resipinya telah banyak dicuba oleh blogger-blogger lain. Saya hanya tambahkan namanya sebagai Apam Beras Gebu Gebas, kerana apam ini amat lembut dan gebu serta enak sekali. Sangat sesuai untuk hidangan berbuka.
Ingin cuba untuk hidangan berbuka esok? Jom kita lihat resipinya :)
Bahan Bahan
1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
1 3/4 cawan air
1 sudu kecil yis segera
1 peket kecil ENO
Acuan apam
Sedikit minyak masak
Cara membuat :
1. Kisar nasi dengan air hingga halus.
2. Kemudian masukkan tepung beras, gula dan yis. Kisar lagi hingga sebati.
3. Panaskan kukusan dengan API BESAR. Tutup tudung periuk dengan tuala dapur.
4. Sapukan sedikit minyak masak di dalam acuan apam supaya senang untuk keluarkan apam nanti.
5. Tuang adunan apam ke dalam acuan 3/4 penuh. Letakkan di dalam periuk pengukus.
6. Setkan masa selama 15 MINIT, jangan buka penutup periuk sebelum 15 MINIT habis.
7. Selepas 15 minit, buka penutup pengukus, keluarkan apam dan biarkan ia sejuk sebentar sebelum keluarkan dari acuan.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)