Assalamualaikum,
Dah habis idea nak masak ke sampai telur rebus pun masuk dalam entry blog hari ni? Sebenarnya ini bukan telur rebus tapi puding telur rebus dan tidak menggunakan telur sedikitpun dalam adunan puding ini kecuali kulit telur sebagai acuannya.
Puding ni saya hasilkan dengan kulit telur yang di gunakan untuk membuat mini rainbow roll cake semalam tu. Cara membuatnya cukup mudah dan sekali pandang memang macam telur rebus sebenar.
Jom kita lihat caranya. :)
PUDING TELUR REBUS
Bahan putih telur
13gm serbuk agar-agar
1/2 tin susu pekat manis
700 ml air
1 helai daun pandan di simpul
beberapa biji cengkerang telur - bersih dan keringkan
Bahan kuning telur
Ubi keledek oren secukupnya
cara membuatnya:
1. Potong ubi keledek oren kecil-kecil dan kukus hingga lembut.
2. Sementara itu, masak agar-agar dengan air, susu dan daun pandan hingga mendidih. Sentiasa kacau agar sekata dan tekstur susu tidak pecah.
3. Sediakan kulit telur yg sudah dibersihkan, lalu tuang separuh rebusan agar-agar ke dalam kulit tersebut.
4. Sementara menunggu agar-agar dalam kulit telur separuh beku, lecek ubi keledek yang di kukus tadi lalu bentukkan menjadi bebola kecil.
5. Setelah agar-agar yang di dalam kulit telur agak beku, masukkan bebola ubi oren, lalu tuang lagi baki rebusan agar-agar (jika sudah mengeras, panaskan sekali lagi sambil di kacau). Isi hingga penuh.
6. Apabila, wap panas menghilang, simpan di dalam peti sejuk dan bolehlah di hidangkan selepas itu.