BIHUN GORENG SINGAPORE

Assalamualaikum & selamat pagi...:)

Cuti lebaran yang panjang bersambung dengan cuti sekolah sehingga 18hb Ogos 2013 buatkan anak-anak menghabiskan banyak masa di rumah. Banyak pula permintaan pelbagai menu yang terlintas di fikiran mereka ketika cuti begini. Seberapa boleh saya tunaikan permintaan anak-anak kerana yang mereka minta pun yang mudah-mudah sahaja. Lagipun memasak sendiri di rumah untuk anak-anak merupakan kepuasan bagi seorang ibu. Walaupun sibuk dengan kerjaya, saya cuba seimbangkan antara masa makan di luar dengan anak-anak dan masak sendiri di rumah. 

Semalam anak saya yang bongsu ada minta di buatkan bihun singapura seperti yang cikgunya sering masak. Mungkin cuti Hari Raya Aidilfitri yang panjang buatkan dia rindukan suasana di tadikanya. Jadi pagi ini saya sediakan 'breakfast' bihun singapura untuk anak-anak. Ada berbagai versi juga bihun singapura ni, dan kali ini saya ambil resepi disini.

Jom Kita lihat resepinya... :)
BIHUN GORENG SINGAPORE
Bahan A - dikisar
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 sudu besar udang kering

BAHAN B - bahan ini bergantung pada jumlah bihun yang di gunakan
squid ball / fish ball - hiris - saya gantikan dengan sotong segar
fish cake -hiris
udang di bersihkan


Bahan C
Sawi secukupnya - dibersihkan & dipotong
kobis dihiris
lobak merah secukupnya di hiris memanjang

Bahan D
garam gula secukup rasa
1 kiub ikan bilis
2 sudu besar lada hitam - di tumbuk
1 bungkus bihun - direndam hingga lembut

Bahan-bahan

1.Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan bahan A dan tumis hingga wangi.

2. Masukkan sedikit air, dan masukkan pula semua bahan B sambil dikacau dan seterusnya masukkan bihun. Kacau hingga bihun lembut dan sebati dengan bahan tumisan.

3. Seterusnya masukkan sayur-sayuran (Bahan C), kiub ikan bilis, lada hitam serta garam dan gula secukup rasa. Masak hingga bihun kering sedikit dan tutup api.


4. Bihun ini lebih enak jika di hidangkan dengan sambal kicap iaitu kisar kicap manis kipas udang dengan cili padi dan bawang putih yang di goreng terlebih dahulu dan perahkan limau kasturi.


0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)