Kontroversi betul tajuk entry hari ni. Ada pula ye kelapa muda imitasi? Selalunya kita dengar telur atau beras tiruan berlegar dipasaran dan menimbulkan keresahan pengguna. Hihihi...jangan risau, kelapa tiruan@imitasi ni sebenarnya dibuat dari bahan-bahan yang selamat. Sedap pulak tu. Sekali pandang macam isi kelapa muda yang asli kan?
Idea untuk membuat isi kelapa muda imitasi ini datang setelah melihat teman-teman di group masakan dari Indonesia yang begitu kreatif sekali mempelbagaikan resipi dessert. Bahan utama dalam resipi ini adalah serbuk Nutrijell. Di Malaysia setakat ini memang saya belum pernah berjumpa jenama tersebut, atau mungkin juga cuma di Langkawi tidak ada. Jadi saya cuba tukarkan dengan serbuk jeli Kristal keluaran Nona. Wahh...hasilnya memang menjadi dan sempat saya hidangkan untuk keluarga berbuka tadi.
Nak cuba buat sendiri dirumah? Jom kita lihat resipinya :)
ISI KELAPA MUDA TIRUAN@IMITASI
Bahan-bahan
1 bungkus serbuk jeli Kristal - Saya guna jenama Nona (10gm)
500ml air
200ml santan
3 sudu makan gula pasir
Cara membuatnya:
1. Campur santan dan air kedalam periuk dan kacau hingga rata.
3. Masukkan pula serbuk jeli dan kacau hingga mendidih dan angkat.
4. Tuang kedalam loyang, tunggu sehingga wapnya hilang. Masukkan kedalam peti sejuk.
5. Setelah menjadi, kaup jeli isi kelapa tiruan dengan sudu ataupun penutup botol.
6. Sedia dihidangkan mengikut selera. Jika saya, hanya buat sirap pandan dan masukkan isi kelapa muda tersebut tersebut.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)