Jika inginkan hidangan yang cepat dan ringkas, inilah lauk yang paling sesuai. Ketika sibuk selalunya saya masak lauk ini untuk anak-anak. Cukup sejenis lauk ini dengan nasi putih atau jika ingin lauk tambahan pun, hanya gorengkan telur dadar. Ringkas tetapi membuka selera.
Resepi ini saya ambil di SINI tetapi resepi asalnya adalah paprik ayam. Seronok mencuba resepi-resepi yang di kongsikan oleh teman blogger. Terima kasih kepada Cikgu Ani kerana resepi yang sedap ini. Izinkan saya panjangkan pula resepinya di sini sekali lagi tetapi saya tukarkan ayam dengan ketam, udang dan sotong.
PAPRIK SEAFOOD
Bahan-bahannya:
Campuran ketam (1 ekor di potong empat), sotong dan udang
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris bulat kasar
1 biji cili merah - dihiris serong
11 biji cili api - di ketuk
2 helai daun limau purut - disiat-siat
bunga kobis - dihiris kecil
2 biji putik jagung - dihiris serong
1/2 biji karot - dihiris serong - ini saya lupa letak :D
2 biji kacang panjang - dipotong 1 inci
Bahan sos
2 sudu kicap manis (saya tambah)
2 sudu makan cili kering kisar
2 sudu makan cili sos
2 sudu makan tomato sos
1 sudu makan sos tiram
garam
1 cawan air
Cara-caranya:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.Masukkan cili kisar. Tumis hingga wangi.
2. Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan pula ketam, udang dan sotong dan kacau hingga sebati.
4. Seterusnya masukkan air. Masak hingga mendidih.
5. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
6. Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masaklah hingga sayur lembut sedikit (Jangan sampai layu). Kalau kuahnya terlalu pekat, boleh tambah sedikit lagi air.Tutup api dan hidangkan.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)