NUTELLA OREO BROWNIES YANG SEDAP

Assalamualaikum, 

Salam pagi khamis untuk semua. Sibuknya sehari dua ini, masuk ke FB pun tenggelam timbul..apalagilah nak update blog. Rasa macam tak cukup masa. Tapi pagi ini ada masa terluang, saya ingin berkongsi kesedapan resepi Nutella Oreo Brownies yang rasanya kaya dengan coklat. Kebetulan masih ada baki nutella, jadi saya guna untuk menghasilkan brownies ini. Bagi peminat-peminat coklat, memang resepi ini sesuai untuk anda. 

Resepi asal saya rujuk di sini, tetapi saya dah ubahsuai sedikit bahan-bahannya. Pada yang ingin mencuba bolehlah rujuk resepi di bawah ni :)

NUTELLA OREO BROWNIES YANG SEDAP
Saya guna loyang saiz 7 inci 

Bahan-bahan
20 ketul biskut Oreo - jangan buang inti
2 biji telur
125gm nutella.
200gm gula
140gm mentega - cairkan
125gm tepung gandum
25gm serbuk coklat
1 sudu teh esen vanilla
25gm atau secukupnya - coklat chips

1. Cairkan mentega terlebih dahulu dan sejukkan sebentar.

2. Di dalam mangkuk besar, masukkan telur, nutella, esen vanilla dan mentega yang di cairkan. Kacau hingga sebati dengan menggunakan spatula.
3. Masukkan pula serbuk koko dan tepung yang telah di ayak terlebih dahulu. Tepung yang telah di ayak teksturnya lebih halus dan memudahkan adunan bercampur.
 4. Sapu loyang dengan mentega terlebih dahulu dan alas dengan kertas kek. Tuang 1/3 adunan brownies kedalam loyang tersebut dan atur biskut oreo keatasnya.
5.Tuang pula hingga habis baki adunan brownies dan patah-patahkan biskut oreo serta tabur di atas adunan tersebut. Masukkan juga coklat chips secukupnya.

6. Bakar Brownies tersebut kedalam oven pada suhu 180'c selama 20minit atau sehingga masak.


0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)