KEK KUKUS BELANG-BELANG - KELADI VANILLA

Assalamualaikum, 

Hari ini saya ingin berkongsi resepi kek yang enak dan mudah di sediakan. Sesetengah orang lebih suka mengukus kek daripada bakar menggunakan oven kerana kurang mahir menetapkan suhu dan ini terjadi terutama sekali bagi adik-adik yang baru berjinak dengan pembuatan kek . Resepi ini saya ambil dari blog Sury Abil tetapi saya ubah sedikit dari resepi asal iaitu daripada kek belang-belang koko dan pandan menjadi perasa vanilla dan keladi. Ini di sebabkan pewarna hijau dah habis stok dan guna saja apa yang ada dalam simpanan. 

Terimakasih kepada pemilik blog dan pemilik asal resepi ni Norlida Arshad. Izinkan saya berkongsi resepinya sekali lagi di sini untuk rujukan sesiapa yang ingin mencuba :)

KEK KUKUS BELANG-BELANG - Keladi Vanilla (loyang 8")
Resepi : Norlida Arshad-Group Variasi Malaysia
Sumber : Sury Abil

BAHAN A
3 cawan tepung gandum di ayak bersama
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat 
BAHAN B (Di kisar menggunakan blender hingga kembang)
3 biji telur - Gred A
1 1/4 cawan gula
130 gm butter/planta
1 tin susu cair 
BAHAN C
Sedikit esen vanilla dan esen keladi 
Pewarna Ungu 

Cara membuatnya:

1. Panaskan kukusan.

2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bahan yang di kisar tadi sambil di kacau dengan 'hand whisk' hingga sebati.
3. Bahagikan kepada dua bahagian iaitu satu bahagian di biarkan tanpa warna dan saya masukkan sedikit esen vanilla, dan satu bahagian lagi saya di masukkan pewarna ungu dan esen keladi.
4. Masukkan ke dalam loyang berselang seli dan kukus selama 1 jam.


0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)