NASI GORENG TOMYAM

Assalamualaikum, 

Suka makan tomyam? Saya pasti kebanyakan dari kita suka makanan yang berasal dari negara gajah putih ini, malah sudah sinonim dengan selera masyarakat Malaysia sendiri. Bagaimana pula dengan nasi goreng tomyam? Kebanyakan resepi yang saya lihat menggunakan pes tomyam yang di botolkan dan banyak di jual di pasaran, namun begitu saya lebih tertarik masak nasi goreng menggunakan pes yang di buat sendiri. Tentang rasanya...memang menepati selera. Rugi kalau tak mencuba.

Jom kita lihat resepi...

NASI GORENG TOMYAM
Sumber : Chef Hanieliza 

Bahan-bahannya
6 cawan nasi sejuk (di peroi)
100gm udang 
100gm sotong
100gm isi ayam
100gm lobak merah - di potong dadu 
100gm kubis - di potong kecil
2 biji telur
3 tangkai daun ketumbar  - di racik
Jika mau lebih pedas tambahkan cili padi yang di ketuk
garam secukup rasa


Bahan untuk pes tomyam
10 tangkai cili kering 
1 batang serai 
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 sudu makan udang kering






Rendam cili kering dengan air panas sehingga lembut dan kisar dengan bahan-bahan pes yang lain.







Pes tomyam yang siap di kisar.






Cara membuat:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan untuk sos/pes tomyam sehingga wangi.

2. Masukkan isi ayam dan lobak merah, kacau rata sehingga masak. 

3. Masukkan udang, sotong, kubis dan garam. Kemudian kacau rata. Masukkan juga nasi dan di kacau lagi.

4. Pecahkan telur dan kacau rata dengan semua bahan. Rasakan garam dan tutup api. Taburkan daun ketumbar dan gaul sekali lagi. sedia untuk di hidangkan.

2 ulasan:

  1. Nasi goreng tom yam memang sedap... pertama kali makan menu begini semasa singgah di Ranau, makan di Medan Selera entah berapa tahun yang lalu... sebab sedap itulah yang tak boleh lupa sampai ke hari ini!

    BalasPadam
  2. Iya kak Amie, sedap nasi goreng tomyam ni...tambahan pula tumis pakai pes yang di buat sendiri.

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen :)