BINGKA BERLAUK

Assalamualaikum, 

Bingka berlauk memang sedap di nikmati dan menjadi kegemaran anak-anak. Resepi asal menggunakan daging tetapi saya gantikan dengan isi ayam. Tentang rasanya, memang sedap sekali apalagi di nikmati dengan secawan kopi panas pagi ini saat hujan turun dengan lebatnya di sini. Resepi ini saya ambil dari buku Chef Hanieliza - 1 Hari 1 Resepi.

Saya kongsikan resepinya sekali lagi di sini bagi yang ingin mencuba membuatnya.

BINGKA BERLAUK
Resepi : Chef Hanieliza @ Buku 1 Hari 1 Resepi 
Bahan A (Bancuhan Tepung)
1 Cawan tepung gandum 
3 sudu makan tepung jagung
3 cawan santan 
1 sudu garam halus 
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu makan parutan cheddar cheese
Bahan B (Inti)
200gm daging kisar/cincang (Saya gantikan dengan isi ayam)
2 biji kentang - di potong dadu
1 labu bawang besar - di potong dadu
1 batang kecil lobak merah - di potong dadu
1 sudu makan rempah kari 
2 biji cili merah - dihiris halus
5 tangkai daun sup - di hiris halus
1 pokok daun bawang - dihiris halus
1 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa
Cara membuat bingka:-

1. Kacau semua bahan kecuali cheddar cheese dan tapiskan ke dalam loyang saiz 8x8 inci yang telah di lengser dengan majerin. Kemudian taburkan cheese tadi.
2. Bakar di dalam ketuhar yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 180'c selama 20 minit terlebih dahulu.

3. Kemudian keluarkan dan tuang inti lauk dan rata-ratakan di permukaan bingka. Bakar lagi selama 30minit/hingga masak.
4. Sejukkan dan tabur dengan cili merah, daun sup dan daun bawang yang di hiris. Potong dan hidangkan.

2 ulasan:

  1. Assalam
    penah mkn tp lum penah cuba sendiri
    hujan2 sedap ada kuihmuih kan

    BalasPadam
  2. Waalaikumsalam mama sara nur...iya mmg sedap makan begini hujan2. Di sana hujan juga ya? Cubalah buat...resepi dari chef hanieliza selalunya menjadi & tidak mengecewakan :)

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen :)