KEK PISANG COKLAT RICE

Assalamualaikum,

Untuk menambah koleksi resepi kek, saya telah mencuba sejenis lagi kek pisang yang di kongsi resepinya di FB. Saya ubah sedikit sesuai dengan bahan-bahan yang ada di dapur rumah saya. Maklumlah baru je nak mula projek membuat kek, bekalan gula kastor habis dalam simpanan jadi saya gantikan dengan gula perang. Tepung naik sendiri juga tinggal sedikit, jadi saya buat sendiri mengikut resepi di internet iaitu sukatan 150gm tepung gandum di campurkan dengan 2 sudu teh baking powder serta secubit garam halus. Ayak sebanyak 3 kali. Hasilnya memang menjadi seperti tepung naik sendiri yang di jual di supermarket. Jika ada masa bolehlah hasilkan sekilo tepung dan di simpan untuk gunakan lagi nanti tanpa perlu berulang kali membuatnya.

Baiklah saya kongsikan sekali lagi resepi kek pisang coklat rice untuk sesiapa yang ingin mencuba.

KEK PISANG COKLAT RICE
Bahan-bahan
2 cawan tepung naik sendiri 
1/2 sudu teh soda bikarbonat
3/4 cawan gula kastor - saya gantikan dengan gula perang
2 biji telur

1 1/2 cawan pisang di lenyek


1/2 cawan minyak masak atau boleh juga gunakan mentega cair
sedikit esen pisang 
50gm coklat urai

Cara membuatnya:

1. Pukul telur dan gula hingga kembang.

2. Masukkan pisang yang di lecek halus dan esen perasa pisang.

3. Masukkan minyak masak atau mentega cair.

4. Akhir sekali masukkan tepung, soda bikarbonat dan coklat rice.  Saya tambah dengan menabur almond yang di cincang ke atas adunan.


5. Bakar dalam suhu 175'c selama 1 jam atau hingga masak (bergantung kepada oven masing-masing). Kek ini juga boleh di kukus.


4 ulasan:

  1. Wangi je kek pisang ... tambah lazat dengan adanya coklat rice!

    BalasPadam
  2. T/Kasih kak Amie, anak-anak suka sangat kek pisang coklat rice ni. Resepinya juga sedap dan kurang manis.

    BalasPadam
  3. anak2 mst suka kalo ada coklat rice ..

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen :)