KANJI UDANG

Assalamualaikum, 

Salam pagi isnin. Sesekali apa kata kita tukar menu sarapan pagi dari yang agak berat kepada ringan sedikit seperti bubur nasi. Kalau di tempat saya orang menyebutnya kanji, mungkin juga berasal dari perkataan inggeris iaitu 'congee' yang bermaksud bubur. Selain dari mudah memasak menu yang satu ini, ia juga mengandungi fiber dan juga lemak tidak tepu, mengurangkan kolestrol dalam darah, mudah hadam dan mengurangkan risiko penyakit arteri koronari. 

pada bulan ramadhan kebanyakan orang suka makan bubur kanji/lambuk setelah seharian menahan lapar dan dahaga kerana selain dari mengenyangkan ia juga baik untuk pengawal penyakit yang berkaitan dengan perut.

Baiklah pagi ni saya ingin berkongsi resepi kanji udang yang mudah dan sesuai untuk sarapan pagi.. :)

KANJI UDANG
Bahan-bahan
2 cawan beras
13 cawan air
1 cawan udang segar 
1 batang lobak merah - di potong seperti mancis
1 inci halia muda - di ketuk
1 labu bawang besar - di hiris kasar
4 ulas bawang putih - di ketuk
1 kuntum bunga lawang 
5cm kulit kayu manis
2 biji buah pelaga 
1 sudu teh lada hitam 
sedikit garam
1 kiub ikan bilis 
serbuk cili thai - atau boleh di gantikan dengan lada sulah
2 cawan santan pekat (rasanya tetap sedap jika tidak letakkan santan)
5 ulas bawang merah - di mayang halus.


CARA MEMBUATNYA:

1. Masak air dan beras hingga hancur, masukkan udang dan rempah ratus.

2. Renihkan bubur nasi yang mendidih dan masukkan lobak merah. Kacau dan masukkan juga garam serta kiub ikan bilis.

3. Akhir sekali masukkan santan jika suka. Saya tidak gunakan santan dan kanji ini tetap terasa lazat.

4. Setelah bubur masak tutup api dapur. Di dalam kuali lain tuang sedikit minyak masak, tumis bawang merah yang di mayang tadi hingga berbau wangi dan langsung tuang ke dalam periuk berisi kanji (tumis darat). 

4. Kacau kanji dan tambahkan sedikit air panas jika terlalu pekat. Hidangkan dengan menabur daun bawang/daun sup serta serbuk cili thai.









0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)