BENGKANG TEPUNG BERAS

Assalamualaikum, 

Bengkang tepung beras adalah sejenis kuih tradisional yang menjadi kegemaran terutama sekali penggemar kuih lama.  Bengkang ini juga adalah kuih kegemaran ibu saya. zaman dahulu, proses membuatnya mengambil masa yang agak lama kerana terpaksa mengisar tepung dan membakar menggunakan sabut kelapa, tetapi kini segalanya menjadi mudah dengan menggunakan oven sahaja. Adunan yang saya buat ini di tambah air pati daun pandan untuk mendapatkan bau yang wangi dan warna yang cantik, tetapi ada juga yang tidak mencampurkan sebarang pewarna dan lebih menyukai bengkang yang berwarna putih.

Saya kongsikan resepinya di sini bagi sesiapa yang ingin mencuba dan untuk rujukan sendiri di masa depan.

BENGKANG TEPUNG BERAS
Sumber : periuktanah.blospot
Bahan-bahan:

300 gm tepung beras
150 gm gula pasir
1 sudu teh garam
1000 ml santan daripada sebiji kelapa
4 helai daun pandan dikisar halus- ramas dengan 1/2 cawan air dan dapatkan patinya
sedikit pewarna hijau
Cara membuatnya:

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan gaul dengan whisk hingga sebati. (boleh juga campur semua bahan di dalam mangkuk lain dan kemudian tapis ke dalam periuk agar tidak berketul) Hidupkan api sederhana dan kacau sentiasa.


2. Apabila bancuhan mula berketul, perlahankan api dan terus mengacau hingga hampir pekat.

3.Angkat dan tuang adunan ke dalam loyang yang telah dilengser dengan minyak atau margerin dan ratakan.

4. Bakar pada suhu 300 darjah celsius selama 30 minit atau bahagian atasnya keperangan.

Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong. Seeloknya, masak di waktu malam untuk hidangan pagi.

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)