Assalamualaikum,
Selamat berhari minggu dan sarapan apa agaknya pagi ini. Awal pagi ini hujan turun dengan lebatnya di Langkawi dan begitulah yang berlaku silih berganti setiap hari di hujung tahun, kerana peralihan cuaca. Hujan-hujan begini sedapnya sarapan pulut dengan ikan masin. Tetapi saya tidak ada stok ikan masin, jadinya sambal ikan bilis dengan nyiur pun sedap juga. Apa lagi jika gandingkan dengan secawan kopi o panas. Membayangkannya pun dah terasa enaknya, kan.
Jadinya saya kukus pulut nyiur sambal ikan bilis sebagai sarapan pagi ini. Resipinya saya ambil dari blog kak Liza. Jom try...musim hujan memang sedap sarapan macam ni.
PULUT NYIUR SAMBAL IKAN BILIS
2 cawan beras pulut
1 cawan air kelapa (boleh juga guna air biasa)
2 cawan kelapa muda (kelapa putih saja)
sedikit garam
Cara Membuat
1. Basuh pulut dan rendamkan selama 1 jam.
3. Masukkan ke dalam mangkuk dan siramkan dengan air yang dicampurkan dengan sedikit garam.
5. Bila pulut telah naik wap ambil sedikit dan gaulkan dengan kelapa muda yang telah digaulkan dengan sedikit garam. Hidangkan pulut dengan sambal tumis ikan bilis
SAMBAL TUMIS IKAN BILIS
Bahan
250 gm ikan bilis (bersihkan dan buangkan kepala)
1 senduk cili kering mesin
3 labu bawang besar (dimesin halus)
sedikit belacan
1 cawan air asam jawa
2 labu bawang besar - dimayang kasar
garam,gula dan minyak untuk tumis
Cara membuatnya:
1. Tumiskan bahan yg dimesin halus sehingga wangi.
2. Masukkan air asam , ikan bilis, garam, gula dan bawang besar.
3. Masukkan air sedikit dan biarkan sambal mendidih dan pekat dengan api perlahan.
4. Bila dah naik minyak baru angkat.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)