BEST EVER CARROT CAKE

Assalamualaikum, 

Best ever carrot cake ini saya buat hari sabtu lepas untuk anak yang outing dari asrama. Walaupun hanya ada masa 4 jam dirumah, bahagia rasanya bila anak balik dan berkesempatan makan bersama-sama sekeluarga. Deco kek ini simple sahaja dan taklah semeriah yang dijual...maklumlah buat untuk makan sendiri sahaja. Kalau anda bercadang nak berniaga dengan resipi best ever carrot cake ini, bolehlah deco comel-comel ye. 

Tetapi yang pastinya kek ini sangat-sangat sedap walaupun belum diletak topping cream cheese dan saya memang recommended untuk pembaca mencuba resipi ini. 

Walaupun bahan-bahan yang digunakan sederhana sahaja tetapi kek ini memang gebu dan moist. Boleh juga kalau nak 'skip' serbuk kayu manis dan serbuk pala yang ada dalam resipi ni..tetapi saya letak keduanya dan rasanya memang lain dan melazatkan lagi kek ini.

Jom tengok resipi best ever carrot cake dibawah ni...jangan lupa try tau.

BEST EVER CARROT CAKE
Saiz loyang : 9 inci

Bahan-bahan
1 cawan gula perang 
1 cawan minyak - saya guna minyak jagung 
3 biji telur - gred A
secubit garam 
1/2 sudu teh soda bikarbonat 
2 cawan tepung naik sendiri 
2 cawan carrot - disagat halus (anggaran 4 batang carrot saiz sederhana)
1/2 cawan walnut - dicincang halus 
1/2 sudu teh - serbuk kayu manis - pilihan (boleh skip)
1/2 sudu teh - serbuk pala - pilihan (boleh skip)  

Cara membuatnya :

1. Panaskan oven pada suhu 180'c.

2. Pukul gula dan minyak sehingga gula larut, masukkan telur satu persatu dan pukul lagi adunan hingga kembang.


3. Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat, garam, serbuk kayu manis, serbuk pala. Kacau dengan spatula. Masukkan pula carrot yang telah disagat. 


4. Seterusnya masukkan pula walnut cincang dan kaup balik hingga rata kedalam adunan.


5. Tuang adunan kedalam loyang dan bakar sehingga 45minit (untuk kek) dan 15-20minit (cup cakes) atau sehingga masak. Setiap oven berbeza, kenali oven masing-masing :) 

6. Setelah kek siap dan sejuk, bolehlah hias dengan cream cheese. Resipi untuk cream cheese ada dibawah ini.

Topping - Cream cheese
1/2  cawan cream cheese
1/2  cawan mentega (unsalted)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 cawan gula ising 

Cara membuatnya :

Masukkan cream cheese, mentega dan esen vanilla dan di pukul rata.

Masukkan pula gula sambil di putar hingga gebu dan berkrim. Siap untuk di hias di atas kek. 

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)