MUFFIN PISANG COKLAT

Assalamualaikum,

Salam pagi isnin untuk semua. Sarapan pagi hari ini, yang mudah dan sedap mengikut permintaan anak-anak yang sedang bercuti iaitu muffin pisang coklat. Memang sedap sangat di nikmati dengan secawan teh hangat. 

Resepinya saya ambil dari yani Myr dan untuk memudahkan lagi pembaca blog ini mencubanya, seperti biasa saya sediakan langkah demi langkah agar lebih mudah faham. Maklumlah dari respon ke email dan komen-komen di blog ini saya dapati pembacanya dari berbagai peringkat umur termasuklah yang remaja dan baru berjinak-jinak dengan dunia masakan. Kerana itu bagi saya gambar langkah demi langkah ini mudah untuk di fahami. 

Jom kita lihat resepinya :)
MUFFIN PISANG COKLAT 
Bahan-bahan  
100gm pisang
100gm tepung gandum
50g mentega - cairkan
20gm serbuk koko
50gm gula halus
1 biji telur- suhu bilik
1 sudu teh baking powder
50ml susu segar
walnut secukupnya 

Cara-cara

1. Panaskan oven dengan suhu 180'c. Pukul sedikit telur dengan garfu- tak perlu kembang.

2. Masukkan gula, tepung gandum, serbuk koko dan baking powder ke sebuah mangkuk dan kacau dengan spatula agar semua bercampur.
3. Masukkan pisang ke dalam mangkuk yang lain, lenyek dengan garfu. Masukkan pula susu segar ke dalam pisang tadi dan kacau.
4. Masukkan pula telur dan kacau hingga sebati.

5. Seterusnya masukkan sedikit demi sedikit  campuran tepung tadi kedalam adunan pisang tadi dan kacau (sekadar bercampur sahaja).
6. Akhir sekali masuklah mentega cair tadi dan kacau hingga sebati. Cedukkan ke dalam muffin cup. Isikan dengan 2/3 penuh. Letakkan walnut di atas setiap bekas muffin tadi. Bakar selama 25-30 minit atau hingga masak.

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)