PUDING KIWI

Assalamualaikum,

InsyaAllah lagi dua hari umat islam akan menyambut hari Raya Aidil Adha. Belum sempat buat apa-apa persiapan kerana anak-anak seorang demi seorang demam selsema dan memerlukan perhatian yang lebih. Walaupun bercuti  dari tugas pejabat tetap saja sibuk dengan kerja rumah yang tak pernah habisnya. Begitulah orang perempuan, walaupun bekerjaya, urusan rumahtangga dan tanggungjawab sebagai seorang ibu tetap menjad keutamaan. Walaupun begitu ia tidak menghalang hobi dan minat di dalam sesuatu bidang dan bagi saya lebih suka memasak.

Saya ingin berkongsi resepi puding kiwi yang dah lama juga saya buat tapi baru berkesempatan berkongsi di blog hari ini. Ada yang tidak suka rasa buah kiwi tapi bagi saya rasanya yang masam-masam itu amat memikat sekali apalagi jika di jadikan puding. Jomlah kita lihat resepinya...
PUDING KIWI
Bahan-bahan
5gm agar-agar serbuk
2 1/2 cawan air
5 sudu besar gula (tambahkan jika suka lebih manis)
1/2 tin susu cair
2 biji buah kiwi 
sedikit pewarna hijau
sedikit hirisan buah kiwi untuk hiasan

Cara membuatnya:

1. Kupas buah kiwi dan potong dadu. Kisar dengan ½ cawan air dan ketepikan seketika (saya hanya kisar sebentar dan isi buah kiwi tersebut tidak hancur sepenuhnya)  
2. Masukkan agar-agar serbuk,  air  (2 1/2 cawan) dan gula ke dalam periuk serta masak  hingga mendidih.

3. Masukkan susu cair dan kiwi yg kisar tadi serta pewarna hijau. Matikan api dapur dan kacau hingga sebati.

4. Tuangkan ke dalam acuan yg dah dibasahkan dgn air (ini untuk memastikan puding senang di keluarkan dari acuan nanti).

5. Bila puding dah sejuk, masukkan dalam peti ais. Biarkan sejuk, baru lah dihidangkan dengan hirisan buah kiwi.

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)