BISKUT COKLAT CHIPS RANGGUP

Assalamualaikum,

Agaknya ramai yang pulang ke kampung menjelang hari Raya Adil Adha tahun ini untuk menyambutnya dengan keluarga tercinta dan ada juga yang merancang untuk mengadakan ibadah korban. Walaupun sambutan Hari Raya Aidiladha tidak semeriah Hari Raya Aidilfitri, persiapan tetap di lakukan. Saya ada sediakan sedikit biskut yang mudah-mudah, kek dan merancang untuk membuat hidangan wajib tiap kali lebaran iaitu ketupat daun palas dan rendang. Ianya atas permintaan anak-anak dan untuk mereka merasai sedikit kemeriahan bersama saudara-mara yang berkunjung. 

Salah satu dari biskut yang telah saya cuba ialah biskut coklat chips ranggup setelah melihat resepinya di SINI. Jom kita lihat resepinya...
BISKUT COKLAT CHIPS RANGUP
Resepi :Chef Hanieliza
Sumber : Rohaisha.blogspot / Norzie hany

Bahan A
125 gm butter
125 gm marjerin
1 sudu besar shortening
160 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
Bahan B (gaul rata)
230gm tepung gandum
20gm serbuk koko - (di ayak)
100gm coklat chips
50 gm white coklat chip (boleh gantikan dengan coklat rice)
50 gm badam cincang (di panggang sekejap)
50gm nestum
Cara membuatnya :

1.Gaulkan butter, marjerin, shortening dan gula sehingga sebati.

2.Masukkan kuning telur dan esen vanila.Kacau rata.

3.Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.(Adunannya sedikit lembik, saya masukkan sebentar ke dalam peti sejuk)
4. Sudukan adunan kecil-kecil dalam loyang kerana adunan ini akan mengembang setelah di bakar.

5.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak. Selepas biskut masak, ianya masih lembut dan akan bertukar menjadi ranggup setelah sejuk.
6.Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)