PUMPKIN ICE CREAM


Selain dari aiskrim di pasaran dengan pelbagai rasa menarik, bagi peminat aiskrim juga boleh membuatnya sendiri di rumah. Pernah rasa aiskrim labu kuning? Saya beri nama resepi ini 'Pumpkin Ice cream'. Dengar lebih komersil kan? :)

Sabar je lah...dalam cuaca panas begini terliur di buatnya. Rasanya lemak-lemak berkrim ..resepinya ada saya sertakan sekali. :)
PUMPKIN ICE CREAM
Bahan-bahan
400gm labu kuning, di kupas, kukus hingga empuk dan haluskan (di lecek)
1 tin susu cair
130ml air masak
3 sudu makan gula pasir
100gm kismis di rendam air mendidih hingga lembut, saringkan.

Cara-cara

1. Campur labu, susu cair dan gula. kacau hingga larut. Masukkan ke dalam bekas tertutup dan bekukan dalam freezer. Bagusnya guna bekas dari tin kerana lebih cepat beku.

2. Keluarkan ais yang sudah beku dari dalam freezer, haluskan dengan blender. Bekukan lagi dalam freezer, jika inginkan tekstur aiskrim yang lembut ulangi proses beberapa kali.

3. Setelah di blender kali terakhir, campurkan kismis dan kacau rata.

4. Masukkan kembali ais ke dalam bekas tertutup, bekukan sekali lagi dan bolehlah di hidangkan. 

2 ulasan:

  1. Aslmkum Fiza.salam kenal.
    menarik ais krim labu. labu ada dlm peti ais....bolehlah cuba. tq sharing resepi...

    BalasPadam
  2. Waalaikumsalam mamasya..salam kenal juga, ya. Saya baru belajar2 berblog. Minta tunjuk ajar ya...:). Maklum saja mamasya dah lama jadi blogger. T/kasih sudi tinggalkan pesan.

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen :)