Assalamualaikum,

Sarapan apa agaknya pagi ni ya? Seperti yang kita ketahui, sarapan amat penting untuk tubuh terutama sekali bagi anak-anak yang sedang membesar dan bagi orang dewasa kajian telah membuktikan bahawa sarapan pagi menjadi pemangkin kepada prestasi dan konsentrasi kerja yang di lakukan sepanjang hari. Dengan bersarapan juga mencetus metabolism harian dan kita dapat mengawal berat badan. 

Begitu penting sekali sarapan pagi rupanya ya? Jadi mulai dari hari ini jangan abaikan sarapan pagi dan kenalah juga bijak memilih menu yang sesuai. Baiklah, tak pandai sebenarnya saya bercakap soal pemakanan ni, kalau banyak bercakap bunyinya macam membebel pula kan.. :D. Kita langsung sajalah dengan menu sarapan hari ni iaitu bubur ayam. 

Tak perlu tunggu sakit untuk menikmati menu sebegini, kan. Anak-anak tentu suka jika sesekali sediakan bubur sebagai sarapan pagi. 
BUBUR AYAM
Sumber : Chef Hanieliza

Bahan A
2 cawan beras
1 kiub pati ayam
2 inci halia - di hiris nipis
3 ulas bawang merah - di hiris
Air secukupnya
Bahan B
1 sudu besar rempah kari
1 keping dada ayam 
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Bahan C (Bahan hiasan)
Daun sup & daun bawang - di hiris
Bawang goreng
Kacang goreng - saya tambah 
telur masin - saya tambah 

Cara Membuat:
1. Masukkan beras, kiub pati ayam, halia, bawang merah, garam dan air secukupnya dalam periuk. Masak sehingga beras hancur dan kembang.
2. Sementara itu ayam dipotong dan bersihkan. Gaulkan dengan garam dan rempah kari.

3. Panaskan minyak dalam kuali dan gorengkan ayam sehingga garing.
4. Koyakkan ayam goreng dan ketepikan.

5. Masukkan nasi bubur dalam mangkuk hidang dan taburkan ayam goreng yang telah dikoyakkan dan bahan hiasan.

Assalamualaikum,

Masakan Thai memang menjadi kegemaran saya sekeluarga. Mungkin kerana Langkawi begitu dekat sekali dengan selatan Thailand dan makanan Thai banyak di jual di sini. Salah satu dari menu yang saya suka adalah ikan bakar yang di siram dengan sos pedas asam jawa. Rasanya memang sedap sekali, ala-ala menu yang di hidangkan di restoran Thai dan pasti keluarga anda suka.

Saya menggunakan ikan siakap untuk resepi ini, dan bagi yang ingin mencuba boleh saja tukarkan dengan apa pun jenis ikan yang menjadi kegemaran anda.
  SIAKAP BAKAR DENGAN SOS PEDAS ASAM JAWA ALA THAI 
Bahan-bahan:
1 ekor ikan - di bersihkan (Terpulang apapun jenis ikan)
1 sudu besar gula Thai (Jika tak ada boleh gantikan dengan gula melaka)
1 sudu besar sos ikan Thai 
2 sudu besar minyak masak
1/2 cawan air
1 sudu besar asam jawa (di ramas dengan 1/3 cawan air)

DI TUMBUK (Bahan B)
2 ulas bawang putih 
5 ulas bawang merah 
5 tangkai daun ketumbar
7 biji cili padi - di buang bijinya
Cara menyediakannya:

1. Bersihkan ikan, kelar dan keringkan dengan tisu dapur. Lumur garam dan bakar di dalam oven dengan suhu 200'c - api atas & bawah hingga masak. Boleh juga di bakar dengan 'magic pan'.
2. Sementara ikan masak, sediakan sosnya iaitu dengan memasukkan semua bahan B kedalam lesung batu dan tumbuk halus.
3. Tuang pula minyak kedalam kuali dan tumis bahan yang di tumbuk tadi hingga wangi.

4. Selepas itu masukkan jus asam jawa, sos ikan,gula dan air.

5. Kacau hingga bahan-bahan bercampur. Setelah sos masak, ia seharusnya ada rasa manis, pedas dan masam.
6. Setelah ikan masak keluarkan dari oven, hidangkan kedalam pinggan dan curahkan dengan sos.  

Assalamualaikum,

Berbagai ragam kari di gayakan dalam masyarakat Melayu ataupun nusantara dan selalunya bahan-bahan yang di gunakan agak mirip di antara satu sama lain. Salah satunya adalah kari udang belimbing buluh. Bahan-bahan yang di gunakan di adun sendiri bukannya menggunakan serbuk kari yang di jual di pasaran. 

Bagi yang ingin mencuba bolehlah lihat resepi di bawah ni. Sukatan bahan resepi saya ambil dari blog kak Ann - periuk tanah, tetapi kari ini memang biasa ibu saya sediakan ketika dia masih sihat dulu, cuma biasalah orang lama kalau memasak cuma agak-agak sukatan bahan-bahan, tapi rasanya tetap juga enak.

Bagi yang ingin mencuba, jom kita lihat resepinya...
KARI UDANG BELIMBING BULUH 
Bahan-bahannya: 

500 gm udang - di bersihkan
2-5 biji cili hijau (ikut citarasa) - Saya gunakan cili merah 
1 batang serai
3 tangkai daun kari
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar cili kisar- pekat
garam secukup rasa
1 cawan santan sederhana pekat
1 sudu teh serbuk kunyit - saya tambah
10 biji belimbing buluh (saya belah di tengah - tidak putus)
Bahan Tumbuk
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
***boleh tambah cili padi jika suka pedas
1/2 inci halia

Cara membuatnya:

1. Ambil bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia dan ditumbuk hingga halus.
2. Hiris halus serai. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan ditumbuk halus hingga wangi. Masukkan serai, daun kari, cili kisar dan serbuk ketumbar (yang dibancuh dengan 1/2 cawan air). Tumis hingga berbau wangi.
3. Masukkan santan dan biar mendidih. Kemudian masukkan udang, belimbing buluh, cili hijau/merah.
4.  Biar mereneh selama 5 minit dengan api sederhana besar dan perasakan dengan garam dan gula. Sedia untuk dihidangkan.

Assalamualaikum,

Rasa teringin nak makan coklat kek moist, maka malam tadi saya dan anak gadis saya pun memulakan operasi membuat kek coklat sebelum masuk tidur dan pagi ini tinggal nak letak toppingnya sahaja. Kali ini resepinya saya ambil di DI SINI dan ramai blogger dah mencubanya. Tergoda betul lihat gambar Kek Coklat kukus - Moist di blog yatie.

Saya biarkan saja anak saya 'decorate' sendiri kek coklat ni dan hasilnya agak kelam kabut sedikit dan meriah betul dengan strawberi. Hii..hi..hii..dah namanya baru belajar memang begitulah kan. Bangga betul dia bila saya beri kepercayaan tuang topping dan atur strawberi atas kek tu. Lagi pun kek ni cuma nak makan sendiri di rumah. Boleh je letak apa saja hiasan yang di sukai.

Bagi yang nak cuba resepinya ada di bawah ni. Izinkan saya 'share' ye yatie :)
KEK COKLAT KUKUS - MOIST 
Bahan-bahan (saiz loyang 8 - 9 inci)
sumber : yatiememories.blogspot

Bahan A
100gm Serbuk Koko
250gm Gula Kastor 
1 tin Susu Isian Cair
200gm Minyak Masak Sayuran
250gm Susu Pekat

Bahan B
4 biji Telur - pukul sehingga berbuih

Bahan C ( Di ayak)
150gm Tepung Gandum
1 sudu kecil Soda Bicarbonat
1sudu kecil Baking Powder

Cara-cara

1. Campurkan kesemua bahan A dan masak dengan api perlahan sehingga licin. Sentiasalah di kacau guna whisk, tapi tak perlu sampai menggelegak.
2. Satukan dengan telur yang di pukul dengan mixer tadi. Masukkan bahan C, iaitu tepung gandum yang di ayak bersama  baking soda dan baking powder sedikit demi sedikit sehingga sebati. Gaul rata menggunakan  hand whisk.
3. Masukkan ke dalam loyang yang di lapik dengan kertas minyak. Loyang hendaklah di lenser dengan sedikit minyak di sekelilingnya terlebih dahulu. Tutup loyang dengan aluminium foil. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.

Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing/ ganache.

GANACHE SIMPLE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-Bahan
150gm cooking chocolate
1/4 cawan susu cair
1 sudu besar minyak (sayuran/masak)

Cara:
Panaskan susu (kaedah double boiler) + cooking choc yang dipotong kecil.

Padamkan api dan kacau hingga choc cair.
Masukkan.minyak dan kacau.
Biarkan seketika baru dicurah atas kek


Assalamualaikum,

Suka makan peria? Pasti ramai yang tak suka kerana rasanya yang pahit...namun khasiatnya untuk kesihatan tubuh banyak sekali jika ingin di sebut satu persatu. Boleh saja cari di google tentang khasiat peria ni. Sebenarnya ada cara untuk hilangkan rasa pahit buah peria ni iaitu dengan rendamkan dalam air garam dan ramas-ramas sedikit sebelum memasaknya. 

Tiap hari yang manis-manis saja masuk ketubuh, hari ni kita masak yang pahit pula. Barulah seimbang, kan :).  Resepinya yang mudah-mudah saja...jom kita lihat.
TUMIS PERIA & IKAN MASIN
Bahan-bahan 
Sebiji buah peria - di belah di tengahnya, buang biji dan hiris nipis.
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah 
1 biji telur
50gm ikan masin - talang
1/2 cawan air
1 kiub ikan bilis/ayam
garam secukup rasa (jangan letak jika ikan sudah terasa masin)
Cara memasak:

1. Isi ikan masin di potong kiub dan rendam dengan air untuk menghilangkan rasa masin, manakala peria di hiris nipis dan rendamkan dengan air garam sambil di ramas dan toskan untuk menghilangkan rasa pahit.
2. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak, goreng ikan masin hingga berbau wangi.
3. Masukkan pula cili merah dan bawang putih sambil di kacau rata, dan campurkan dengan peria yang di potong tadi. Pecahkan telur ke dalam sayur sambil di kacau.
4. Masukkan air dan perasakan dengan kiub ikan bilis. Bila sayur telah masak bolehlah di matikan api dan hidangkan.


Assalamualaikum, 

Nostalgia betul nasi goreng kunyit dan kopi 'O' pekat dalam diari hidup anak kampung seperti saya ni. Waktu kecil dulu menu ini memang menjadi kegemaran. 

Ringkas sahaja, hasil dari air tangan ibu tercinta. Maklumlah menu orang kampung selalunya tak banyak bahan yang di gunakan. Cukup apa yang ada di dalam dapur. Lauk yang di gunakan pun cuma ikan goreng, udang kering, telur atau ikan bilis. Sungguh pun begitu, menu yang sederhana ini sentiasa menjadi kegemaran saya dan nostalgia bersama ibu yang kini kian uzur tetap kemas dalam lipatan kenangan. Kenangan yang terindah dan sangat bermakna... :)

Resepinya ringkas sahaja. Pada yang sudi cuba tu bolehlah lihat resepi di bawah. Sengaja saya simpan di dalam blog ini untuk rujukan anak-anak saya nanti. 
NASI GORENG KUNYIT - ALA KAMPUNG 
Bahan-bahan
2 mangkuk nasi sejuk 
segenggam ikan bilis - di kopek dan goreng 
2 ketul isi ikan goreng 
2 biji telur 
garam secukup rasa
serbuk perasa (boleh gantikan dengan kiub ikan bilis)
Minyak masak secukupnya
Bahan-bahan di tumbuk
5 biji cili padi 
3 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
3cm kunyit hidup
2 sudu besar udang kering
Cara memasak

1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan-bahan yang di tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan nasi sambil di kacau hingga sebati dengan bahan tumbuk yang di tumis tadi.

3. Masukkan isi ikan goreng dan ikan bilis, kacau lagi. Ketepikan sedikit nasi di dalam kuali dengan sudip dan pecahkan dua biji telur tadi sambil di kacau.
4. Seterusnya perasakan nasi goreng tadi dengan garam dan serbuk perasa (boleh gantikan dengan kiub ikan bilis).

5. Sajikan dengan kopi O panas...ringkas sahaja, tapi memang sedap.
Assalamualaikum,

Salam pagi jumaat, penghulu segala hari. Hari ini saya ingin berkongsi resepi kek kukus keju buah campuran..ya setelah di alih bahasa begitulah lebih kurangnya nama kek yang sedap ini :).
Maaf tak dapat nak bercerita panjang sebab saya dan staff di Jabatan tempahan sibuk sangat sepanjang minggu ni memandangkan kadar kemasukan pelancong tempatan meningkat hingga hujung bulan disember dan awal pagi lagi dah terpaksa masuk ke pejabat uruskan apa yang patut.

Resepi kek ada saya sertakan di bawah ni...
STEAMED MIXFRUITS CHEESE CAKE
Sumber : Jana Daut 

Bahan-Bahan 
125gm butter 
125gm cream cheese
185gm gula kastor - (kurangkan jika tak suka manis)
3biji telur - Gred A
220gm tepung naik sendiri
300gm buah-buahan campuran di perap semalamam dengan 2 sudu makan jus oren
2 sudu besar tepung gandum - di gaul dengan buah campuran sebelum mengukus (untuk mengelakkan dari buah tengelam)

Cara membuat :

1. Putar butter, cheese dan gula hingga putih dan masukkan telur satu persatu sambil di putar lagi.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan kacau hingga sebati dengan menggunakan spatula.
3. Masukkan pula buah campuran yang sudah di gaul dengan tepung tadi dan kaup balik lagi dengan spatula.
4. Tuang adunan kedalam loyang dan kukuslah selama 1 jam atau hingga masak. Jangan lupa lapik pengukus dengan kain yang bersih agar air tidak menitik ke atas kek.