Assalamualaikum,

Bihun sup utara adalah salah satu dari makanan favourite saya sekeluarga, dan lebih sedap lagi jika menggunakan daging segar dan tulang lembu di dalam kuah sup tersebut. Memandangkan bihun sup saya kali ini di buat atas permintaan ibu yang mengelak dari makan daging lembu bagi mengawal tekanan darah tingginya, saya gantikan daging  dengan ayam.

Untuk melazatkan lagi rasa kuah sup, saya memasukkan sedikit gula batu dan ini adalah petua yang saya dapat dari seorang sahabat. Hasilnya memang sedap sekali.

Jomlah kita lihat resepi bihun sup utara yang saya ambil dari Chef sifu saya, Kak Hanieliza dari buku masakannya 1 hari 1 resepi.   


BIHUN SUP UTARA 
Bahan-bahan 
Bahan A
1 bungkus bihun dan dua sudu makan serbuk kunyit (di rendam dan celur sebentar dengan air panas)

Bahan B (Untuk Kuah)
1 ekor ayam (berat kira-kira 1kg) 
1 bungkus sup bunjut

2 inci halia - di ketuk
3 ulas bawang putih - di hiris
5 biji bawang merah - dihiris
1 sudu lada hitam di tumbuk kasar
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
beberapa ketul gula batu - saya tambah



garam secukup rasa
air secukupnya


CARA MEMBUAT KUAH

1. Rebuskan bahan kuah hingga daging betul-betul lembut. 

2. Celurkan bihun supaya lembut dan toskan. Masukkan bihun, daging serta bahan hiasan di dalam mangkuk dan letakkan kuah.

3. Hidangkan dengan sambal merah, limau kasturi, lobak masin, bawang goreng serta daun sup/daun bawang.



BAHAN UNTUK SAMBAL
15tangkai cili kering, 4 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih dan satu labu bawang besar - di kisar halus
3 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan minyak masak
1 sudu makan cuka
1 sudu teh gula dan garam secukup rasa.

CARA MEMBUAT SAMBAL MERAH
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang di kisar hingga wangi dan pecah minyak.

2. Masukkan sos tomato dan sos cili, kemudian kacau rata sehingga pecah minyak. Masukkan cuka dan gula, masak lagi hingga pekat.



Assalamualaikum & selamat berhari minggu.

Cuaca panas dan membahang sekali di bumi Langkawi hari ini. Terasa pedih kulit wajah ketika keluar dari rumah waktu tengahari begini dan tekak pula sentiasa kering dan dahaga. Jika minum yang manis-manis maka dahaganya makin bertambah pula, maka saya kisar ulam pegaga dan limau kasturi untuk di jadikan jus dan masukkan sedikit ais kiub untuk menghilangkan dahaga dan panas badan.

Menurut carian di google, pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan C. Amalan memakan daun pegaga dipercai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.

Di Malaysia, pegaga amat popular di kalangan 3 kaum utama negara iaitu Melayu, Cina dan India. Bagi kaum melayu, ia dimakan secara segar sebagai ulam, bagi kaum Cina digunakan sebagai minuman penyejuk badan, manakala bagi kaum India, digunakan sebagai tonik kecerdasan minda.

Banyak sekali kebaikan pegaga rupanya ye :). Jadi mulai hari ini, jika ke pasar jangan lupa beli juga pegaga untuk di jadikan jus kesihatan. Rasanya jusnya seakan-akan air tebu dan bertambah sedap lagi bila di kisar bersama limau kasturi.
JUS PEGAGA LIMAU KASTURI
Bahan-bahan
secekak daun pegaga - cuci bersih 
2 Sudu besar gula
2 biji limau kasturi 
sedikit ais kiub

Cara membuatnya :

1. Cuci bersih pegaga, dan sebaiknya guna sekali dengan akarnya.

2. Masukkan pegaga, gula pasir dan limau kasturi kedalam blender. Kisar limau beserta kulitnya juga, tetapi buang biji-biji limau tersebut.


3. Tapis jus yang telah di kisar kedalam gelas dan masukkan beberapa ketul aiskiub dan sedia untuk di nikmati.

Assalamualaikum,


Hari ini saya buatkan rich choc pudding sebagai pencuci mulut, untuk di nikmati oleh anak-anak. Suka sangat mereka, maklumlah kanak-kanak memang penggemar coklat. Resepi ini sangat mudah dan telah di ubahsuai oleh pemilik asalnya dengan menambah agar-agar dan menjadikannya beku sedikit, jadi mudah untuk di nikmati dan kena pula dengan selera. Rich choc pudding ini juga merupakan menu wajib di rumah saya pada bulan ramadhan, kerana suka sangat dengan rasanya yang kaya dengan coklat...apalagi jika baru di keluarkan dari peti sejuk. 

Kalau nak rasa sendiri keenakkan pudding ni, kenalah cuba buat ye. Saya kongsikan sekali lagi resepinya di sini... :). Sedap ni dalam cuaca panas begini.
  
 RICH CHOC PUDDING
Sumber : junjs11 - My Resepi 

1/2 cawan serbuk koko 
1 cawan gula 
1/2 cawan susu tepung 
1/2 sudu teh garam 
4 1/4 cawan air 
4 sudu besar tepung jagung 
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter 
1 paket agar-agar  (10gm )

Cara-cara 

1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih. Masukkan butter, kacau hingga pekat.

2. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yang di sukai.


3. Sedap di makan ketika cuaca panas, apalagi jika di masukkan kedalam peti sejuk terlebih dahulu.






Assalamualaikum, 

Dalam cuaca panas begini, alangkah enaknya jika menikmati puding atau agar-agar. Selalunya jika buat puding saya akan masak pada malam hari dan apabila sejuk, langsung di simpan dalam peti ais . Jadi, bila anak-anak pulang dari sekolah pasti tak sabar  menikmati puding yang dingin sambil bersantai setelah seharian sibuk di sekolah dan berpanas menunggu van sekolah untuk pulang ke rumah.

Menyediakan makanan mengikut selera anak-anak juga adalah satu cara mengeratkan hubungan dan menambahkan kasih sayang antara ibu dan anak, terutama bagi ibu bekerjaya yang mempunyai masa yang terhad di rumah.

Antara puding yang menjadi kegemaran saya sekeluarga adalah puding roti laici. Rasanya sungguh enak apabila di hidangkan dengan sos karamel. 



PUDING ROTI LAICI 
Sumber : Chef Hanieliza 

1 buku roti saiz kecil (450gm)
1 tin susu cair (400ml)
2 cawan air 
1 tin buah laici
1/2 cawan gula halus
2 biji telur ( di pukul)
2 sudu makan tepung jagung


Sos Karamel 
1 cawan gula perang 
1/2 cawan air 
Masak bahan di atas sehingga pekat untuk mendapatkan sos karamel 

Cara-cara

1. Koyakkan isi buah laici dan roti pada saiz yang kecil, campurkan semua bahan cecair dan rendamkan selama 1 jam.

2. Masukkan ke dalam loyang yang telah di sapu minyak.


3. Bakar pada suhu 180'c selama 1 jam, sejukkan dan potong semasa menghidang dengan sos karamel.

Assalamualaikum,

Kek coklat memang di gemari ramai, terutama sekali anak-anak. Berbagai versi kek coklat telah saya cuba dan choc moist cake yang saya buat sempena hari ulangtahun kelahiran yang ke 12 anak kedua kelmarin, benar-benar terasa coklatnya, lembab dan sedap sekali. Kalau tanpa topping pun dah kuat terasa coklatnya. 

Cadangan asalnya saya ingin menulis nama 'birthday boy' di atas kek tersebut, tapi atas permintaan dia yang memang penggemar coklat nombor 1,  untuk 'decorate' sendiri atas kek tersebut dengan coklat Kit Kat bites kegemarannya tu..saya turutkan saja. Asalkan anak-anak suka dengan apa yang saya masak itu sudah lebih dari cukup dan membahagiakan. Apa lagi jika mereka memuji keenakan masakan tersebut, berbunga-bunga rasanya perasaan seorang ibu, tau. :D hee....hee...hee. Siapa yang ada anak, taulah bagaimana rasanya.

CHOC MOIST CAKE
Sumber : Marizah Miza (Mai Share ReCipe)

Di ayak (Bahan A)
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder 
1 sudu teh soda bikarbonat

Masak semua bahan atas api perlahan hingga larut (Bahan B)
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula perang
1 cawan susu pekat 
1 3/4 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/minyak sayuran

(Bahan C)
2 biji telur - gred A
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara

1. Pukul telur dengan whisk hingga berbuih, masukkan esen vanilla. 


2. Masukkan bahan B yang telah di masak dan kacau sebati.

3. Masukkan tepung yang di ayak sikit-sikit sambil kacau hingga larut, tuang adunan dalam loyang bersaiz 8" yang telah di gris dan di alas dengan baking paper.


4. Tutup loyang dengan aluminium foil atau plastik untuk elak dari wap air menitik ketika proses mengukus dan kukus selama sejam atau hingga masak. Tunggu kek sejuk sebelum di tuang topping.


CARA MEMBUAT TOPPING 
Bahan-bahan
100ml susu cair
300gm coklat masakan di cincang
2 sudu besar mentega
1 sudu besar serbuk koko 


Cara-cara 

1. Masak susu di atas api perlahan hingga mendidih.

2. Masukkan coklat masakan dan serbuk koko, kacau hingga sebati.

3. Masukkan butter, kacau lagi.

4. Bila semuanya sebati, bolehlah di tuang ke atas kek. Sejukkan lebihan topping ke dalam peti sejuk untuk deco.


Assalamualaikum,

Dua tiga hari ni rasa teringin nak makan kek lapis yang di kukus. Resepi kek lapis Alwani ini saya sering buat dulu kerana suka dengan rasanya yang di campur dengan serbuk horlick dan warnanya yang cantik. Sejak pertama kali saya ambil resepi ini yang di sumbangkan oleh Dayang Jack di Myresepi suatu masa dulu, terus terpikat dan jika ada kelapangan atau majlis hari jadi anak-anak selalu saya buat sebagai menu sampingan.

Sambil menonton TV semalam, datang mood rajin dan kebetulan pula semua bahan-bahan yang di perlukan ada di dapur..maka terhasil lah kek lapis Alwani kukus dan saya kongsikan sekali lagi resepi di blog ini untuk rujukan sendiri pada masa depan dan kepada yang ingin mencubanya.

KEK LAPIS ALWANI (KUKUS)
Sumber : Dayang Jack - Myresepi
Bahan-bahan (loyang 6nci / 5" x 9" inci)

1 cawan tepung gandum 
1/3 cawan horlick (original)
5 biji telur gred gred A
1/2 cawan gula halus
200gm majerin 
1/3 cawan susu pekat manis
1/3 cawan kismis hitam 
1 sudu teh esen vanilla 
Sedikit perwarna oren, hijau dan merah (saya tukar ke warna merah, kuning dan ungu)


Cara-cara

1. Sediakan pengukus, jerang airnya. Sediakan juga loyang dan sapukan dengan mentega dan taburkan sedikit tepung.

2. Gaulkan kismis dengan tepung (1 sudu makan) ketepikan. Ayak tepung bersama horlick di dalam satu bekas yang agak besar. Ketepikan seketika.

3. Pukul marjerin dengan gula sehingga kembang dan putih. Masukkan telur satu demi satu sambil di putar.


4. Masukkan susu pekat dan putar lagi. Masukkan pula tepung dan putar hingga sebati.

5. Masukkan esen vanilla, kacau rata. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan tiap satunya dengan warna berlainan.



6. Tuangkan adunan merah ke dalam loyang terlebih dahulu, dan taburkan kismis di atasnya. Kemudian, tutuplah loyang dengan kertas foil atau plastik. Kukus selama 7 minit.




7. Ulangi langkah 7 untuk lapisan kuning. Kukus selama 15 minit.


8. Akhir sekali tuangkan lapisan ungu dan taburkan kismis. Kukus lama sedikit (kira-kira 1 jam) atau sehingga ia masak. Setelah masak, sejukkan sebelum di potong.


Assalamualaikum, 

Sedang berkira-kira untuk makan tengahari di mana hari ni? Kalau yang belum masak tu atau ingin mencuba resepi yang cepat di masak, apa kata kita mencuba resepi nasi paprik udang, atau boleh juga di gantikan dengan sotong dan ayam. Bahan-bahan asas untuk kuahnya pula sama saja, cuma gantikan lauknya.

Masakan yang ringkas dan cepat begini yang saya suka. Tak perlu banyak-banyak masak lauk lain. Cuma buat lauk paprik dan gandingkan dengan nasi putih. Apalagi jika di lebihkan cili padi...pasti lebih terangkat. Maklumlah saya ni penggemar masakan yang pedas-pedas. Bila anak-anak ingin turut makan masakan ini, terpaksalah saya kurangkan jumlah cili padi yang di gunakan dan gantikan dengan cili merah yang kurang menyengat.

Jomlah kita lihat resepinya...

PAPRIK UDANG 
Sumber : paprik - makyong (my resepi)
500gm udang - di kopek dan tinggalkan ekor sahaja
1 labu bawang besar - di mayang 
2 batang serai -di titik
Bunga kobis, kacang panjang, karot dan jagung muda
2 biji buah tomato di potong empat
Sedikit sos cili, sos tomato,sos tiram dan kicap manis
Serbuk perasa (Jika suka)
sehelai daun limau purut - carik-carikkan 

Bahan yang di tumbuk 
4 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih  
5 biji cili padi 
Cara-cara:

1. Panaskan kuali, gorengkan udang (agak-agak sampai masak, jangan terlalu garing)

2. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili yang di tumbuk. Kacau sekejap.

3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air, serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.

4. Bila dah mendidih, masukkan bawang besar dan buah tomato. Semasa menghidang, perahkan limau kasturi.