Assalamualaikum,
Lamanya saya tidak bersiaran dan blog terbiar tanpa sebarang update. Bukan disengajakan tetapi kesihatan ibu saya yang tidak mengizinkan disamping kerja-kerja ubahsuai dapur serta ruang tamu di rumah kecil saya membuatkan mood berblogging tidak datang-datang. Hari-hari saya masak untuk keluarga dan anak-anak cuma tidak berkesempatan untuk ambil gambar dan berkongsi dalam blog. Hari ini bila saya buka semula draft dalam blog, rupanya masih ada lagi resipi dan gambar yang belum diupdate sekian lama tersimpan.
Baiklah untuk tidak membuang masa...saya kongsikan resipi kari udang mangga muda tanpa santan yang saya dah masak lamaaa dulu sebagai penyeri untuk entry hari ini setelah sekian lama menyepikan diri.
KARI UDANG MANGGA MUDA TANPA SANTAN
Bahan-bahan
½ Kilogram udang segar
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 sudu teh biji sawi
2 ulas bawang putih - ditumbuk lumat(pes)
1 labu bawang besar - dimayang
1 biji mangga muda - di kupas dan potong halus
5 tangkai cili hijau - dibelah
1 biji tomato
1 sudu besar serbuk kunyit
3 sudu besar serbuk cili
½ sudu besar serbuk ketumbar
Garam secukup rasa
minyak untuk menumis
Cara membuatnya :
1. Panaskan kuali berisi minyak, tumis kulit kayu manis, biji sawi dan bunga cengkih hingga wangi. Masukkan bawang besar dan kacau. Setelah itu masukkan cili hijau dan kacau lagi sehingga layu.
2. Masukkan serbuk kunyit, serbuk cili dan kacau hingga pecah minyak. Masukkan pula pes bawang putih dan daun kari. Masukkan juga mangga muda dan tomato sambil dikacau.
3. Selepas itu bolehlah masukkan udang dan biarkan mendidih sambil dikacau perlahan-lahan.
4. Masukkan juga serbuk ketumbar dan masak lagi hingga terbit minyak dan renihkan.
5. Perasakan dengan garam dan gula(jika suka) dan setelah kuah pekat mendidih, matikan api dapur serta tabur daun ketumbar. Bolehlah dihidangkan.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)