Assalamualaikum,
Selamat berhari minggu untuk semua pembaca blog fizalgk dan rakan-rakan sekalian. Perkongsian resipi untuk hari ini...sesuai dengan cuaca panas sekarang ni iaitu Puding Laici Bandung. Bahan-bahan yang digunakan tak banyak. Sedap dihidangkan sejuk selepas keluarkan dari petiais . Jom cuba buat resipi puding laici bandung dan ikut step by step yang disediakan dibawah ni :)
PUDING LAICI BANDUNG
Bahan A
20gm agar-agar bertali
3 cawan air
1 cawan gula
Cara membuatnya :
Masak
agar-agar bersama air hingga larut, masukkan gula pasir. Masak lagi hingga
mendidih dan gula larut.
Bahan B
1 tin laici - asingkan air laici
dan isinya. Carikkan isi laici kecil-kecil
1 tin susu cair
3 sudu besar biji selasih – Rendam dalam air panas seketika
1 sudu besar sirap ros
Cara membuatnya :
1. Sukat
air laici dan kalau tak cukup tambah air untuk jadikan 2 cawan. Tuang air laici
tersebut kedalam periuk agar-agar tadi dan biarkan mendidih seketika,
Perlahankan api dapur. Setelah itu asingkan 3 cawan agar-agar laici dan
ketepikan seketika.


4. Panaskan
sekejap agar-agar laici dengan api perlahan , tuang sedikit atas agar-agar
bandung dan ratakan laici pada keseluruhan Loyang, biarkan beku sedikit.
5. Panaskan
pula baki agar-agar bandung dengan api perlahan dan tuang hingga habis keatas
agar-agar laici. Sejukkan seketika sebelum masukkan kedalam peti ais.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)