Assalamualaikum,
Hari ini kita berkongsi resipi Kari Ayam Nyonya pula. Resipi asalnya saya ambil di SINI dan jujurnya saya belum pernah merasa kari ayam nyonya sebelum ini. Apa yang boleh saya katakan bau harum masakan ni memenuhi ruang dapur terutama sekali ketika menumis rempah yang dikisar dan rasanya sungguh lazat sekali. Saya gandingkan dengan nasi minyak serta sambal udang aroma wangi iaitu entry saya sebelum ini.
Untuk resipi nasi minyak tu inshaAllah kalau tak ada aral esok saya masukkan. Hari ni kita layan resipi Kari ayam nyonya dahulu...jom.
KARI AYAM NYONYA
Bahan-bahan :
1 ekor ayam - (saya hanya gunakan 1/2 ekor ayam)
3 biji kentang - dipotong baji
200ml santan pekat (lebihkan santan jika suka rasa lemak)
1 tangkai daun kari
garam dan gula secukup rasa
Bahan tumis
1 bunga lawang
1 bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
5 sudu besar minyak masak
1 ½ cawan air
Rempah / dikisar
3 ulas bawang putih
18 ulas bawang merah
12 tangkai cili kering (rendam dalam air panas dan tapis bijinya)
1 inci kunyit hidup
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1/2 inci belacan - dibakar sebentar
1 batang serai
Cara membuatnya :
1. Panaskan kuali, masukkan minyak masak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Masukkan pula rempah kisar dan kacau hingga pecah minyak.
2. Masukkan ayam, kentang, daun kari dan kacau seketika. Seterusnya masukkan air, tutup kuali dan renihkan dengan menggunakan api dapur yang kecil hingga ayam dan kentang lembut.
3. Masukkan santan pekat dan renih lagi sehingga isi ayam lembut dan sebati dengan kuah. Jika kurang kuah bolehlah tambahkan sedikit lagi air.
4. Setelah benar-benar masak, matikan api dapur dan hidangkan dengan nasi. Sedap juga jika gandingkan dengan roti jala ataupun nasi minyak.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)