WHITE BROWNIES

Assalamualaikum, 

White brownies iaitu diperbuat daripada coklat masakan putih pun tak kurang enaknya jika dibandingkan dengan brownies coklat biasa apatah lagi jika di campurkan dengan kekacang didalam adunannya. Saya hanya masukkan coklat chips sahaja dan hiaskan dengan cream cheese ketika menghidang.

Untuk membuatnya seperti biasa prosesnya amat mudah dan resipinya ada dibawah ini. Jom cuba :)

WHITE  BROWNIES
Saiz Loyang : 8inci
Bahan-bahan
200 gm tepung gandum
100gm gula kastor
2 biji telur - gred A
115gm mentega
115gm coklat putih
Coklat chips atau kekacang secukupnya


Cara membuatnya:
1.Lapik loyang dengan kertas minyak dan ketepikan seketika. Panaskan oven pada suhu 175’c.

2. Cairkan mentega dan coklat putih menggunakan kaedah double boiler.
  2. Pukul telur dengan gula kastor hingga gula larut. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan spatula agar bercampur.


3. Tuang pula coklat putih yang telah dicairkan tadi kedalam adunan sambil dikacau hingga sebati.

 4. Masukkan adunan kedalam loyang dan tabur dengan kekacang ataupun coklat chips. Bakar selama 20minit atau sehingga masak.

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)