MUFFIN PISANG KELAPA

Assalamualaikum, 

Lama benar rasanya tidak update blog. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana ada sahabat-sahabat di FB yang sudi PM bertanya khabar tentang kehilangan (gituu...kehilanganlah sangat kan :D) saya yang dah masuk seminggu lebih di dunia maya ini. Katanya Ber FB tidak, ber Instagram & ber twitter tidak, apalagi ber blogging. Alhamdulillah ada juga sahabat-sahabat yang mengambil berat. 

Sebenarnya saya sihat-sihat sahaja, cuma terlarut dengan tugas dipejabat. Penghujung September dan awal Oktober memang sibuk sesangat dan bila sampai rumah dah keletihan di tambah dengan kerja rumah dan kerenah anak-anak. Walaupun masih ada 5 entry lama yang tersimpan di draft...tak berdaya rasanya nak mengarang tiap resipi dan publish di blog. Hari ini rasanya paling sesuai saya mula berblogging semula tetapi seperti biasa menu simple hari-hari yang saya buat untuk anak-anak di rumahlah...tidak ada yang istimewa.

Jom tengok resipi muffin pisang kelapa dibawah ni...walaupun dicampur kelapa kering, tekstur muffin ni tetap lembut dan moist. Yang pastinya kombinasi pisang dan kelapa memang sedap.
   
MUFFIN PISANG KELAPA
Bahan-bahan
1½ cawan tepung gandum
1 cawan gula kastor
1 sudu teh baking powder
½ sudu teh soda bikarbonat
¼ cawan mentega yang dicairkan 
1 biji telur
¼ cawan + 2 sudu besar susu segar
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan pisang masak ranum - dilecek
½ cawan kelapa kering 

Cara membuatnya:

1. Panaskan oven pada suhu 180'c dan sediakan cawan muffin.

2. Masukkan bahan kering seperti tepung gandum, gula, baking powder, soda bikarbonat kedalam mangkuk besar dan ketepikan seketika.
3. Lenyek pisang dengan gula dan masukkan pula telur, susu, mentega cair dan esen vanilla.
4. Seterusnya tuang bahan basah iaitu yang dilenyek bersama pisang tadi kedalam bahan kering dan kacau.

5. Masukkan pula kelapa kering dan kacau lagi. (Jangan terlebih kacau kerana tekstur muffin akan menjadi keras, cukup sekadar bahan bercampur).
6. Sudukan adunan kedalam cawan muffin dan tabur dengan kelapa kering sebelum dibakar selama 24 - 26minit atau sehingga masak.


0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)