PASTA SPIRAL GORENG BERKEJU

Assalamualaikum, 

Dah lama benar saya tak share resipi di blog. Sebenarnya sibuk sedikit kebelakangan ini kerana baru balik dari penggambaran buku resipi yang kedua iaitu 'Menu Harian' dengan Karangkraf di Subang. Buku ini mengandungi 100resipi harian yang mudah dan inshaAllah menurut editor jika tidak ada aral, ia bakal terbit pada penghujung tahun ini.  Seminggu di rumah persinggahan saya di Subang, alhamdullillah akhirnya siap juga penggambaran dan sekarang dalam proses meminda manuskrip sebelum di serahkan kepada editor untuk semakkan kembali.

Alhamdulillah dah rezeki agaknya, selepas habis penggambaran buku tersebut tiba-tiba dapat job menulis advertorial dan berkongsi resipi menggunakan produk syarikat pengeluar makanan Nestle. Nanti saya kongsikan dengan semua di dalam entry seterusnya. 

Begitulah...agak sibuk sedikit kebelakangan ini, lagipun banyak tugas-tugas pejabat di tinggalkan sepanjang 2 minggu ini. Walaupun begitu, saya tetap ingin berkongsi resipi ringkas hari ini iaitu pasta spiral goreng berkeju. Bagi yang meminati hidangan pasta, bolehlah mencuba resipi ini.

Jom kita lihat...

PASTA SPIRAL GORENG BERKEJU
Bahan-bahan
1 cawan pasta spiral - di rebus hingga lembut dan toskan
1 ulas bawang putih - di hiris nipis 
1/2 labu bawang holland - di dadu halus 
4 ketul cendawan butang - di hiris
1/4 cawan lobak merah - di hiris seperti mancis
3 biji kacang peas - pilihan
1 batang sosej - di potong 
1/2 cawan daging - di hiris nipis 
1 kiub ayam 
1/2 sudu teh serbuk lada sulah 
1/2 sudu teh serbuk lada hitam - di tumbuk kasar 
1/4 cawan air 
1 keping keju cheesedale - di hiris 
2 sudu besar minyak sayuran/minyak zaitun

Cara membuatnya:

1. Rebus pasta spiral dengan mencampurkan 1 sudu besar minyak hingga lembut dan toskan.

2. Masukkan minyak sayuran di dalam kuali, tumis daging dan sosej. Kacau hingga separuh masak dan masukkan pula bawang holland dan bawang putih.

3. Kacau hingga bawang kekuningan dan naik bau, masukkan sayuran dan air.
 4. Seterusnya masukkan pasta sambil di kacau hingga bercampur dengan sayuran. 


5. Perasakan dengan kiub ayam, serbuk lada hitam dan lada sulah.
5. Akhir sekali masukkan keju yang di hiris dan kacau sehingga keju cair. Matikan api dan bolehlah di hidangkan. 

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)