NASI GORENG CENDAWAN SHITAKE

Assalamualaikum,

Salam pagi isnin dan selamat kembali memulakan tugas bagi yang bercuti pada hari minggu semalam. Dah sarapan atau belum agaknya? Pagi ini saya ingin berkongsi resepi nasi goreng cendawan shitake kegemaran anak sulung saya. Memang suka sangat dia dengan cendawan shitake, apalagi bila di rampai menjadi nasi goreng yang boleh saya katakan lazat ini.

Kalau nak tahu benarkah lazat rasanya kenalah cuba masak sendiri di rumah. Resepinya ringkas sahaja dan hanya menggunakan bahan-bahan yang ada di dalam dapur rumah kita. Jom lihat langkah demi langkah cara memasaknya. 
NASI GORENG CENDAWAN SHITAKE
2 mangkuk nasi sejuk - di peroi
50gm isi ayam - di potong kecil
2 ulas bawang putih - di hiris 
1/2 batang lobak merah di potong kotak kecil
2 tangkai kacang panjang - di potong pendek
5 tangkai cendawan shitake - di hiris
*sila rendamkan dahulu jika menggunakan cendawan kering
4 tangkai cili kering di potong tiga
1 biji telur 
3 sudu besar kicap sotong/ikan
2 sudu besar sos tiram 
1/2 sudu kecil minyak bijan
1/2 sudu kecil serbuk perasa - jika suka


Cara Memasak:

1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bawang putih dan isi ayam. Kacau hingga berbau wangi. 

2. Pecahkan sebiji telur ke dalam kuali tersebut dan kacau lagi (seketika sahaja)
2. Masukkan pula lobak merah, kacang panjang,cili kering dan cendawan sambil di kacau dan masukkan juga nasi.

3. Tuang kicap sotong/ikan, sos tiram dan masukkan juga serbuk perasa. Kuatkan api dapur dan kacau nasi dengan cepat.
4. Bila semua sudah sebati, titiskan minyak bijan (sedikit sahaja), matikan api dapur dan bolehlah di hidangkan.

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)