MARBLE BUTTER CHEESE CAKE


Assalamualaikum,

Dah banyak hari rasanya tak update blog. Bukan tak masak, tetapi masa amat terhad memandangkan anak-anak kurang sihat kerana demam selsema dan perhatian lebih teralih kepada mereka. Tapi hari ini ada sedikit kelapangan, saya ingin berkongsi resepi marble butter cheese cake yang lazat dan amat di gemari oleh anak-anak saya. Resepinya saya ambil dan cuba hasil perkongsian dari teman FB dan resepi asalnya dari Rohaimi Ahmad.

Untuk mendapatkan corak yang cantik, bolehlah di lorek dengan lidi sebelum kek di bakar (selepas melapis). Saya terlupa step ini, maka jadilah coraknya seperti yang kita lihat. Apa pun rasa kek ini memang sedap.

Jom kita lihat resepinya.
MARBLE BUTTER CHEESE CAKE 
Bahan-bahannya
150gm butter
 200gm cream cheese(jenama tatura)
200gm gula kastor  
4 biji telur ayam - Gred A
250gm tepung gandum
1sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1sudu teh esen vanila
100ml susu cair
4sudu besar serbuk susu tepung (Ini pilihan - tak letak pun tidak mengapa)
2sudu besar serbuk koko

Cara membuatnya:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 150'c. Di dalam sebuah mangkuk, masukkan gula kastor, butter dan cheese. Pukul hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan putar lagi. 

3. Masukkan pula tepung gandum yang di ayak bersama baking powder dan esen vanilla berselang seli dengan susu cair. Putar lagi sambil memasukkan esen vanilla.
4. Selepas siap, bahagikan kepada dua bahagian iaitu satu adunan asal dan satu lagi di campur dengan serbuk koko.

5. Sediakan loyang bersaiz 8', sapu keliling loyang dengan majerin, taburkan tepung dan lapik dengan kertas miyak (putih). Sendukkan adunan berselang seli hingga habis dan hentak sedikit loyang supaya adunan sekata. Lorek sedikit dengan lidi (step ini saya terlupa :D)

6. Bakar pada suhu 150'c selama 45 atau sehingga masak.

Untuk yang baru belajar memasak pasti tertanya-tanya bagaimana rupa  cream cheese yang di gunakan untk membuat kek ni. Saya sertakan gambarnya di sini & semoga membantu :)

Foto Ehsan Google

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)