Assalamualaikum,
Semalam saya mencuba resepi kek batik empire yang kelihatannya lazat sekali menghiasi laman kongsi resepi minggu lepas. Tertarik dengan coraknya yang cantik, resepinya saya ambil dan malam tadi ada sedikit kelapangan saya telah cuba membuatnya dan ternyata hasilnya memang menarik dan sedap. Cuma bagi yang kurang mengambil makanan yang manis, boleh kurangkan kandungan gula dalam adunan kek ini. Cara membuatnya juga tidaklah sukar kerana hanya menggunakan pengukus. Ada antara kita yang lebih suka mengukus kek dari menggunakan ketuhar kerana kurang mahir menetapkan suhu. Maklum saja setiap oven itu tidak sama antara satu sama lain. Kita perlu juga kemahiran menetapkan masa dan suhu oven sendiri dan tidak boleh ikut bulat-bulat resepi yang di kongsikan. Kemahiran ini akan datang dengan sendirinya jika kita kerap menggunakan oven di rumah.
Baiklah, bagi yang inginkan resepi..jom kita lihat di bawah ni.
sumber : Kongsi resepi
200 gm mentega
1/4 cawan gula halus - (boleh kurangkan kalau tak suka manis)
4 biji telur gred B
1/4 cawan serikaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan horlick
150 gm biskut marie - dipatah 4
1 sudu besar serbuk koko + 1/2 sudu besar coklat emulco
pewarna hijau
CARA MEMBUATNYA
1. Pukul mentega dan gula dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan gebu.
Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil pukul hingga kembang.
2. Masukkan serikaya, susu pekat manis dan esen vanilla, pukul lagi hingga sebati. Kemudian,masukkan pula tepung gandum, horlick dan gaul hingga rata.
4. Sapukan mentega pada dasar loyang/bekas acuan dan alaskan bekas acuan dengan kertas kek. (saya lapik plastik ke dalam loyang).
5. Masukkan adunan berwarna hijau,ratakan keseluruh permukaan loyang. Goyang dan hentakkan loyang supaya adunan menjadi mampat.
6. Panaskan air kukusan dan kukuskan menggunakan api sederhana hingga separuh masak. Kemudian tuangkan adunan berwarna coklat tadi di atas adunan yang di kukus sebelumnya (warna hijau tadi), ratakan dan goyang-goyang. Hentakkan sehingga mampat.
7. Masukkan semula dalam periuk pengukus dan kukus lagi sehingga 1 jam atau sehingga masak. Sejukkan dan boleh dipotong untuk dihidangkan.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)