Assalamualaikum,
Selamat berhari minggu untuk semua. Dah dua hari blog ini tidak di update kerana sibuk dengan tugas dan kesihatan kurang mengizinkan. Maklum saja suhu di sini panas terik tiap hari.
Hari ni saya ingin berkongsi resepi kek oren yang sangat ringkas tapi rasanya di jamin sedap. Sesiapa saja boleh buat kek ini kerana caranya mudah, cuma menggunakan blender. Ceritanya berawal dari anak gadis saya yang beria-ia ingin cuba buat kek tapi mencari resepi yang mudah...dan bila saya fikirkan, resepi yang tepat adalah blended orange sunkist cake inilah. Saya tak tahu siapa pemilik asal resepi ini dan ia ada dalam simpanan buku lama koleksi resepi yang saya salin dengan tulisan tangan. Resepi mudah begini memang sesuai bagi yang baru mencuba buat kek kerana hasilnya memang gebu dan sedap sekali. Jom kita lihat resepinya.
BLENDED ORANGE SUNKIST CAKE
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
1 biji orange sunkist
1 cawan minyak masak
secubit garam
1 cawan gula pasir
3 biji telur gred A
Cara membuatnya
1. Ayak tepung dan baking powder, ketepikan.
2. Cuci buah limau, potong dan buangkan biji dan urat putih pada tengah-tengah. Potong limau kecil-kecil tapi jangan buang kulitnya.
3. Masukkan buah limau yang di potong tadi kedalam blender dan kisar halus bersama minyak, gula dan telur.
4. Tuang bahan yang di kisar ke dalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan kacau hinga sebati.
4. Bakar selama 1 jam dengan suhu 180'c hingga masak (bergantung pada oven masing-masing)