Assalamualaikum,
Suka dengan makanan laut? Saya pasti kebanyakan dari kita sukakannya, tapi jika pengambilan berlebihan, ada yang kata paras kolestrol akan meningkat. Tapi, apa pun dalam kehidupan ini jika di ambil berlebihan pasti memberi efek yang kurang baik.
Sebenarnya ada banyak juga khasiat dan kelebihan makanan laut untuk kesihatan dan di syorkan untuk mengambil hidangan makanan laut sekali atau dua kali dalam seminggu:-
1. Mengandungi Omega 3
2. Mengandungi EPA dan DHA yang baik untuk tubuh
3. Mencegah Osteoporosis
4. Memiliki sifat tekanan yang rendah, baik untuk pengidap hipertensi
5. Membantu mengurangi berat badan
Baiklah, resepi makanan laut saya kali ini resepi asalnya dari Thailand, iaitu ikan kukus limau nipis. Rasanya yang masam, manis dan pedas sungguh membuka selera. Jom kita lihat resepinya.
IKAN KUKUS LIMAU NIPIS - PLA NEUNG MANAO
1 ekor ikan sederhana besar - lebih kurang 700gm ke 1 kg
sedikit garam
Sos
1/2 cawan jus limau nipis - boleh di gunakan limau nipis segar atau di beli jus yang telah siap di botolkan
3 sudu besar sos ikan
2 sudu besar bawang putih yang di cincang
1-2 sudu besar cili padi di cincang
1 cawan stok ayam maggi
Daun beserta akar ketumbar
2 biji limau nipis / limau kasturi
2 batang serai - di ketuk dan di pintal
CARA MEMBUATNYA
1. Siang ikan dan kelar di sisinya. lumur dengan garam (sedikit sahaja)
2. Sumbat serai, limau yang di potong dan separuh akar ketumbar ke dalam perut ikan.
3. Tabur beberapa hirisan limau ke atas ikan dan kukus selama 7-12minit hingga masak.
4. Sementara ikan di kukus, cincang bawang putih, bersihkan akar ketumbar dan cili padi. Campurkan semua bahan dengan jus limau dan sos ikan. Panas stok ayam sebentar dan campurkan dengan jus limau dan cili padi tadi. Sesuaikan rasa masam, pedas dan sedikit masin.
5 Keluarkan ikan dari pengukus dan tuangkan sos tadi keatasnya. Hiaskan dengan daun ketumbar dan hidangkan.Sedap makan dengan nasi semasa masih panas-panas.. :)
Salam..Ohhh sedapppnya klu dapat mkn ngan nasi panas2
BalasPadam