Assalamualaikum,
Saya ingin berkongsi resepi mudah kerana ada permintaan dari pembaca blog ini, untuk biskut ataupun resepi dari keju yang tidak menggunakan oven atau pengukus. Truffel keju oreo ni pasti dapat memuaskan selera terutama sekali bagi penggemar keju. Ianya juga sesuai di hidangkan pada majlis hari jadi anak-anak atau hari lebaran.
Jom kita lihat resepinya...
TRUFFEL KEJU OREO
Bahan-bahan
1 paket biskut oreo (137gram) - asingkan intinya dan hancurkan
250gm keju krim - di lembutkan
300gm coklat masakan - di cairkan (double boiler)
100gm badam di cincang - di bakar seketika
Cara membuatnya
1. Putar krim keju bersama inti biskut oreo hingga lembut.
2. Masukkan biskut oreo dan putar sebati sekejap saja.
3. Ambil sedikit adunan sebesar guli dan bulat-bulatkan. Jika adunan terasa lembik, masukkan dulu sebentar di dalam peti sejuk sebelum di bentuk. Lakukan sehinga adunan habis. Masukkan semula dalam peti sejuk 1 jam agar ia keras sedikit.
4. Cairkan coklat masakan secara double boiler. Celupkan truffel oreo dengan coklat cair.
5. Masukkan dalam cawan kertas dan taburkan badam cincang. Sejukkan semula sebentar sebelum di hidangkan.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)