Sesekali buatkan breakfast pisang bakar untuk anak-anak pun ok jugak kan. Bukan apa, kadang-kadang kena kreatif dalam menyediakan makanan terutamanya buah-buahan dan sayur sebab anak-anak susah nak makan kedua-duanya. Kalau buah tu...kena campurkan dengan yogurt atau aiskrim, mereka suka sangat lah tu.
Pisang bakar keju ni resepi asalnya dari indonesia, sedap sangat di makan panas-panas. Rasanya mewah betul selepas di panggang dengan 'butter', salut pula dengan keju parut, coklat rice dan susu pekat manis. Tapi jangan banyak sangat susu pekat tu ya...jaga kesihatan juga ;)
PISANG BAKAR KEJU COKLAT
BAHAN-BAHAN
4 biji pisang
1 sudu besar Butter
coklat rice
50gm keju cheddar - di parut
susu pekat manis
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
CARA MEMBUATNYA
1. Kupas kulit pisang dan belah menjadi dua bahagian. Panaskan 'non stick pan', masukkan butter...letak pisang dan alih-alihkan hingga masak . Saya tak belah pisang tu, tapi bakar hingga agak garing. Resepi asalnya di belah dan masukkan coklat dan keju kedalam belahan pisang lalu di telangkupkan.
2. Selepas pisang garing (jangan sampai hangus ya) angkat dan letakkan dalam pinggan, taburkan dengan keju parut, serbuk kayu manis, coklat rice dan susu pekat.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)