Assalamualaikum & selamat pagi.

Hari ini saya dah mula bekerja dan pasti akan sibuk seharian dengan tugas di pejabat. Maklum saja selepas 4 hari bercuti pasti banyak kerja yang menunggu :) Sebab itu seawal pagi ni saya dah masukkan entry untuk hari ni iaitu kuih serimuka pelangi.

Kuih serimuka adalah sejenis kuih tradisional melayu dan yang kita tahu resepi asalnya cuma lapisan bawah pulut dan lapisan atas berwarna hijau. Seiring dengan peredaran zaman, kuih serimuka juga telah di pelbagaikan dan kali ini saya mencuba resepi kuih serimuka pelangi. Bahan-bahannya tetap sama, cuma lapisan atasnya di warnakan dengan empat warna. Resepi ini saya ambil dari buku masakan kompilasi talam keluaran karangkraf,  hadiah dari seorang teman :).

Bagi yang ingin mencuba, jom kita lihat resepinya...


KUIH SERIMUKA PELANGI
Bahan lapisan bawah 
2 1/2 cawan santan cair
2 cawan beras pulut - rendamkan selama 3 jam
1 sudu teh garam

Bahan lapisan atas
3 sudu makan gula pasir (kurang manis - sila tambah gula jika menginginkan rasa yang manis) 
2 cawan santan pekat 
1/2 cawan tepung kastad 
1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur - di pukul sebentar
secubit garam
pewarna kuning, hijau, merah dan coklat paste.

CARA MEMBUATNYA
1. Masukkan semua bahan lapisan bawah ke dalam loyang dan kukuskan selama 20minit.
  
2. Apabila telah masak, tekan dalam loyang sehingga mampat.


3. Bancuhkan semua bahan lapisan pelangi kecuali pewarna, dan tapiskan.

4. Bahagikan adunan lapisan pelangi kepada empat mangkuk dan warnakan.



5. Kukus semula pulut yang telah di mampatkan.

6. Lapiskan pulut dengan adunan warna hijau dan kukus selama 10minit, sebelum di tuang adunan ke atas pulut, pastikan pulut tersebut di cucuk-cucuk dengan garfu untuk melekatkan   lapisan atas.

7. Buat lapisan seterusnya hingga habis.


8. Pastikan kuih benar-benar sejuk, barulah di potong dan hidangkan.



Assalamualaikum,

Apa khabar tengahari ni? Semoga kita semua sihat dan bahagia selalu di samping keluarga tercinta. Bagi surirumah dan yang sedang bercuti hari ni, masak apa agaknya tengahari ni ye? Sebentar lagi anak-anak akan pulang dari sekolah. Pasti mereka seronok kalau ibu sendiri yang masakkan. Terkadang anak-anak ni bukan minta kita masak kan menu yang susah-susah pun...kalau ibu sendiri yang masak, goreng telur pun dah rasa sedap sangat dah :)

Kebetulan cuti hari raya aidiladha saya masih berbaki sehari lagi hari ni. Esok dah mula bekerja..jadi tengahari ni saya telah masak kan resepi yang paling anak-anak suka kerana rasanya dan keranggupan nya, iaitu udang goreng telur masin. Sedapnya...bagi yang view resepi ni kena cuba tau, jika ada kelapangan. Pasti tak menyesal. ;)


UDANG GORENG TELUR MASIN
500gram udang segar 
1/2 cawan tepung jagung 
1/2 sudu teh lada sulah 
2 biji telur masin - Guna yang kuningnya sahaja
3 sudu besar udang kering - di rendam dan cincang halus (saya guna udang geragau kering)
2 tangkai daun kari 
4 biji cili padi - di potong kecil
2 ulas bawang putih - di cincang 
2 sudu minyak masak
60gm mentega

Perencah (campurkan)
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh kiub ayam maggi

CARA MEMBUATNYA 
1. Cuci udang, keringkan. Campur tepung jagung dengan serbuk lada sulah, gaulkan dengan udang tadi.


2. Panaskan minyak masak, goreng udang yang di gaul tepung tadi selama lebih kurang 1 minit sehingga kulitnya garing. ketepikan.



3. Kukus telur masin (yang kuning sahaja) selama 5minit, dan hancurkan ketika masih panas.

4. Di dalam kuali lain masukkan 2 sudu minyak masak, tumis bawang putih, udang kering, cili padi dan daun kari sehingga wangi. Masukkan mentega dan kacau sebentar. Bila mentega telah cair, masukkan telur masin dan kacau sebentar.



5. Masukkan udang yang di goreng tadi beserta  perencah, kacau lagi hingga udang sebati. Bolehlah di angkat dan hidangkan.  

Assalamualaikum,

Untuk kudapan petang-petang begini, apa kata kita cuba resepi cracker lapis daging. Resepi ini di beri oleh teman saya dari Indonesia dan ternyata menepati selera kita di sini juga. Tak rugi saya mencubanya. Sekejap je laris dengan anak-anak. 

Jom kita lihat resepinya... :)

CRACKER LAPIS DAGING
Bahan-bahan
Biskut cracker 
Keju keping cheesdale - 1 keping keju saya potong 4

INTI
250gm daging cincang (Saya guna jenama Ramly) 
1 batang lobak merah - di potong dadu
200ml susu cair 
Tepung gandum 25gram
3 ulas bawang putih di cincang
serbuk lada sudah - kira-kira 1/4 sudu teh
Gula dan garam secukupnya
Minyak untuk menggoreng 
1 labu bawang besar - di cincang dadu
BAHAN PENCELUP
2 biji telur ayam - di pukul
Tepung gandum 2 sudu besar'
garam 1/2 sudu teh 

100gram serbuk roti
Cara membuatnya:
1. Panaskan 2 sudu makan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga harum, masukkan daging dan lobak merah. Masak hingga berubah warna, masukkan tepung gandum sambil di kacau. Tuang susu cair perlahan sambil di kacau lagi. Masukkan lada sulah, gula , garam dan masak hingga pekat. Angkat dan ketepikan.

2. Ambil sekeping biskut cracker, sapu dengan 1 sudu makan adunan inti tadi, tambahkan keju, sapu adunan dan tutup dengan biskut cracker. Ulangi hingga terbentuk 3 lapisan.

3. Golekkan biskut cracker yang telah siap dalam tepung gandum, angkat dan celup dalam telur. Golekkan pada serbuk roti hingga rata.

4. Panaskan minyak, goreng hingga kuning kecoklatan angkat dan sajikan dengan sos cili.

Assalamualaikum,

Salam hari minggu :). Masak apa ya untuk makan tengahari hari ni? kalau cuti begini, selalunya anak-anak minta menu yang sedikit istimewa dari hari biasa. Maklumlah mama sedang bercuti. Saya ada masak kan nasi tomato, ayam masak merah dan dalca untuk hidangan tengahari ni. Cuma kerabu timun/nenas sahaja tidak ada dalam set hidangan ini.

Resepi-resepi ini saya ambil dari buku Chef Hanieliza (1 hari 1 resepi) dan semuanya menjadi dan sedap. Buku dan hasil resepi kak Liza ini memang benar-benar membantu dan memudahkan kerja memasak saya. Izinkan saya berkongsi resepi ini sekali lagi di sini untuk rujukan pembaca blog ini.

Saya satukan ketiga-tiga resepi ini dalam satu tajuk - Set nasi tomato, untuk memudahkan anak gadis saya dan pembaca blog yang sudi mencuba resepi ini di masa depan, agar tak tercari-cari resepi ayam masak merah dan dalca di label lain. 

Jom kita semak resepinya...

NASI TOMATO (RESEPI 1) 
Bahan A
5 cawan beras ( di cuci dan toskan)
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato (di cincang)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu makan minyak sapi 
garam secukup rasa
6 cawan air
daun pandan di simpul
2 batang serai
1 kotak kecil kismis


Bahan B
3 ulas bawang putih -di hiris
5 ulas bawang merah-di hiris 
1 inci halia - di hiris
3 biji buah pelaga 
3 kuntum bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis 
2 kuntum bunga lawang 


CARA MEMBUATNYA 
1. Panaskan minyak sapi di dalam kuali, tumiskan bahan tumis, serai dan daun pandan sehingga wangi.

2. Masukkan tomato cincang, garam dan gaul rata. Tambahkan kismis, susu cair, air dan biarkan mendidih.

3. Masukkan bahan tumis kedalam beras di dalam periuk nasi. Biarkan masak.

4. Apabila nasi sudah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur.



AYAM MASAK MERAH (RESEPI 2)
Bahan-bahan
1 ekor ayam 
1 labu bawang besar di potong gelang 
2 sudu makan sos tomato 
minyak masak 
garam dan gula secukup rasa 
Kunyit.


Bahan di kisar
15 tangkai cili kering 
2 inci halia 
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 batang serai
 4 biji tomato 


CARA MEMBUATNYA
1. Ayam di potong kecil dan di bersihkan. Kemudian gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga masak.

2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan yang di kisarsehingga garing.

3. Masukkan ayam yang telah di goreng, sos tomato, bawang besar, garam dan gula.

4. Gaulkan hingga sebati dan rata, hidangkan dalam pinggan.

* Saya tambah kacang peas dalam tin atas permintaan anak-anak :)


DALCA (RESEPI 3)
Bahan A
600 gram daging ayam/tulang - (resepi asal guna daging kambing)
1/2 cawan kacang dal (direbus lembut)
 cawan santan (dari 1/2 biji kelapa)
3 sudu makan rempah kari daging
1 sudu minyak sapi
3 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa


Bahan B (Sayur-sayuran)
3 biji ubi kentang
5 kacang panjang 
1 biji lobak merah
 4 biji cili hijau ( tak ada stok - saya guna cili merah je :) )
2 biji mangga muda (tak ada, saya gantikan dengan belimbing buluh)
2 biji tomato
1 labu bawang besar
2 biji terung bulat.


Bahan C - Bagi menumis
 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia 
1 inci kulit kayu manis 
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga 
3 tangkai daun kari 


CARA MEMBUATNYA
1. Perapkan daging dengan rempah kari selama satu jam 

20. panaskan minyak masak dan minyak sapi, tumiskan bahan tumis hingga wangi.

3. Masukkan daging yang di perap dan kacau rata

4. Masukkan air dan masak hingga daging lembut.

5. Apabila daging lembut, masukkan santan, kacang dal, garam dan sayuran-sayuran.

6. Masakkan sehingga semua sayur lembut, sediakan untuk di hidangkan.


Assalamualaikum,

Ramai yang masih bercuti menyambut hari raya Aidil Adha semalam malah ada yang buat ibadah korban. Bagi yang tiada idea untuk memasak daging, apa kata mencuba resepi kerabu daging ala thai. Resepi mudah, cepat di sediakan dan yang penting sungguh sedap di nikmati bersama masakan lain untuk makan tengahari.

Jom kita lihat resepinya...  



KERABU DAGING ALA THAI 
Bahan-bahan.
400gm daging 
1 biji bawang besar - di potong bulat
5 biji cili padi 
lobak merah - di potong halus seperti  mancis
timun - di potong nipis
sebungkus su-un - pek kecil 
1 sudu besar sos ikan 
1 sudu besar sos cili thai 
jus dari dua biji limau nipis
beberapa biji tomato cherry

Cara membuatnya:-

1. Basuh daging dan lumurkan dengan sedikit garam lalu di bakar 


2. Potong nipis daging yang siap di bakar. 


3. Dalam sebuah mangkuk besar masukkan daging, bawang besar, cili padi, su-un yang siap di celur, lobak merah, timun, tomato cherry, sos ikan, sos cili thai dan akhir sekali perahkan limau nipis. gaul rata.



4. Rasa masin manisnya dan hidangkan. Untuk rasa yang lebih meresap kedalam daging, kerabu tersebut boleh juga di simpan di dalam peti sejuk dan di hidangkan keesokan hari nya.




Assalamualaikum,

Saya ingin berkongsi resepi mudah kerana ada permintaan dari pembaca blog ini, untuk biskut ataupun resepi dari keju yang tidak menggunakan oven atau pengukus. Truffel keju oreo ni pasti dapat memuaskan selera terutama sekali bagi penggemar keju. Ianya juga sesuai di hidangkan pada majlis hari jadi anak-anak atau hari lebaran.

Jom kita lihat resepinya...


TRUFFEL KEJU OREO 
Bahan-bahan
1 paket biskut oreo (137gram) - asingkan intinya dan hancurkan 
250gm keju krim - di lembutkan 
300gm coklat masakan - di cairkan (double boiler)
100gm badam di cincang - di bakar seketika


Cara membuatnya

1. Putar krim keju bersama inti biskut oreo hingga lembut.




2. Masukkan biskut oreo dan putar sebati sekejap saja.

3. Ambil sedikit adunan sebesar guli dan bulat-bulatkan. Jika adunan terasa lembik, masukkan dulu sebentar di dalam peti sejuk sebelum di bentuk. Lakukan sehinga adunan habis. Masukkan semula dalam peti sejuk 1 jam agar ia keras sedikit.


4. Cairkan coklat masakan secara double boiler. Celupkan truffel oreo dengan coklat cair. 

5. Masukkan dalam cawan kertas dan taburkan badam cincang. Sejukkan semula sebentar sebelum di hidangkan.






Assalamualaikum,

Mood hari Raya Aidil Adha sudah tiba. Hari ni saya nak berkongsi cara membuat ketupat palas jagung. Seperti yang kita maklum, ketupat daun palas adalah hidangan istimewa bagi penduduk di utara semenanjung  Malaysia dan di gandingkan dengan rendang atau kari pada hari lebaran. Seperti tidak lengkap lebaran samaada Hari Raya Puasa atau Aidil Adha, tanpa menghidangkan ketupat.

Oleh kerana tidak mempunyai stok jagung segar, saya hanya menggunakan jagung dalam tin (whole kernel). Tapi pastikan di sejat dahulu airnya dan kita hanya menggunakan isi jagung sahaja yang di campurkan dengan pulut. Jika di sini, tidak menjadi kesulitan untuk mendapatkan daun palas kerana sentiasa di jual di pasar basah. Cara membungkusnya juga tidaklah sesukar yang di bayangkan ;). Untuk adik-adik yang baru nak belajar membungkus ketupat daun palas, saya sertakan pautan dari you tube di sini untuk tutorial, langkah demi langkah.

Jom kita lihat resepinya,


KETUPAT PALAS JAGUNG
Bahan-bahan
Daun palas
1 kg beras pulut
1 camca teh garam 
1 camca teh gula
Santan dari sebiji kelapa (kira-kira 1/2 kg santan
Sebatang jagung di ambil isinya (saya gunakan satu tin isi jagung - whole kernel)

Cara membuatnya.

1. Buka daun palas dan bentukkan menjadi ketupat. Ketepikan dahulu. Ada yang membuka daun palas ini sehari sebelum membuat ketupat. Tujuan nya adalah untuk melembutkan daun dan memudahkan pulut di balut.


2. Tanak pulut dengan santan, garam dan gula hingga suku masak. Sukatan yang betul untuk santan ialah santan sama paras atau lebih sedikit sahaja dari beras pulut. Jagung di masukkan ketika santan hampir kering, kacau sebentar dan matikan api.


3. Sejukkan pulut tadi sebentar, dan bolehlah di bungkus. 


4. Setelah siap di bungkus, bolehlah di rebus ketupat tersebut. Saya memilih untuk mengukus selama kira-kita sejam. 

                            KETUPAT YANG TELAH SIAP DI KUKUS.

Untuk yang ingin belajar cara membungkus ketupat..sila lihat link ini. Semoga membantu ;)






Assalamualaikum, 

InsyaAllah...hari jumaat 26hb Oktober 2012 ini, umat islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Apa kata mencuba resepi biskut kacang hijau untuk di hidangkan kepada tetamu yang berkunjung atau keluarga. Walaupun hari raya haji di sambut dengan sederhana dan ada yang tidak dapat bercuti dari tugas, terutama sekali bagi sektor perkhidmatan namun tetamu dan sahabat yang berkunjung juga harus di raikan.

Untuk resepi biskut kacang hijau ni, ada yang menggunakan minyak jagung dan tepung kacang hijau dalam adunan, tapi saya menggunakan mentega dan kacang hijau yang bergaram dan di blender menjadi seperti tepung.  Rasanya yang lemak-lemak masin itu yang di gemari oleh anak-anak. 

Jom kita lihat resepinya...


BISKUT KACANG PEAS
Bahan-bahan
250gm mentega 
160gm gula halus
50gm tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung 
300gm tepung gandum 
100gm kacang peas bergaram - di kisar halus 
1 camca teh esen vanilla 


CARA MEMBUATNYA 

1. Mentega dan gula di pukul hingga kembang.

2. Masukkan esen vanilla dan satukan semua tepung-tepung. Jika kacang hijau yang di blender tadi tidak bergaram, bolehlah di masukkan sedikit garam dalam adunan.


3. Masukkan juga kacang peas sedikit demi sedikit dan di uli.

4. Tekan dengan acuan dan gliskan dengan kuning telur

5. Bakar 15minit pada suhu 160 celcius.



Assalamualaikum... :)

Menu kerabu selalunya menjadi pembuka selera di dalam hidangan terutama sekali bagi orang asia. Selalunya bahan utama yang di gunakan dalam kerabu ialah hasil kampung seperti ulam-ulaman dan buah-buahan. 

Saya ingin berkongsi resepi kerabu pucuk paku hari ni..yang di rampai dengan taugeh dan siput tukul dan menjadikan kerabu ini lebih manis dan sedap. Selalunya orang menggunakan siput kerang dalam hidangan kerabu pucuk paku, tapi di Langkawi yang di kelilingi lautan ini, berbagai jenis siput laut yang boleh di makan di gunakan untuk membuat kerabu. Salah satunya adalah siput tukul. Tentu ramai yang di luar dari Langkawi belum kenal atau tidak pernah melihat, bagaimana rupa siput tukul. Siput ini melekat di batu di persisiran pantai dan cara mengeluarkan nya adalah dengan mengetuk dengan tukul. Isinya sangat manis dan saya membelinya dari pasar malam baru-baru ini.
  
Jom kita melihat resepinya dan rupa siput tukul tersebut ;)


KERABU PUCUK PAKU
Bahan-bahan (A)
Seikat pucuk paku
segenggam taugeh 
1 mangkuk kecil isi siput tukul - di rebus sebentar (boleh juga di gunakan isi kerang)

Bahan di tumbuk (B)
3 biji cili besar
5 biji cili padi 
sedikit asam jawa
3cm belacan - di bakar terlebih dahulu
2 sudu besar kerisik
garam dan gula secukup rasa

Bahan lain
Satu labu bawang besar di potong gelang 
satu sudu beras di goreng hingga wangi dan di tumbuk


Cara membuatnya :

1. Rebus siput sebentar dan celur pucuk paku serta taugeh. 

2. Tumbuk  bahan B hingga halus.

3. Gaul bersama pucuk paku, taugeh, siput dan sambal yang di tumbuk tadi. Masukkan juga beras goreng yang di tumbuk dan bawang besar. Sedia untuk di hidangkan. 

Ini ada pautan yang saya jumpa di youtube, cara-cara mencari siput tukul di Langkawi... :)


Assalamualaikum,

Alhamdulillah...kita bertemu lagi di pagi ahad yang ceria. Hari minggu begini boleh lah bersantai-santai dan bangun lewat sedikit dari kebiasaan. Selalunya waktu-waktu begini pada hari biasa, bagi yang bekerja sudah mula sibuk dan sarapan pun ala kadar saja sekadar mengalas perut. Hari ini bolehlah memanjakan diri sedikit  dan mencuba resepi-resepi baru untuk di hidangkan pada keluarga tercinta. 

Sarapan pagi saya sekeluarga hari ni ialah Char kway Teow Penang, tapi sesiapa yang tahu resepi asal tu janganlah marah kerana saya telah ubahsuai resepinya mengikut kesesuaian selera anak-anak. Sengaja saya menambah isi kerang kedalam Char kway Teow ini kerana sayang..masih ada baki isi kerang di dalam peti sejuk. Tapi...jika kita bercadang untuk memasukkan isi kerang di dalam kway teow, jangan pilih isi yang siap di kopek seperti yang di jual di pasar kerana rasanya yang tawar dan liat. Gunakan kerang segar yang di rebus kerana lebih manis rasanya.


KUE TEOW PENANG 
BAHAN-BAHAN
500gm kway teow - di leraikan 
150gm taugeh 
2-3 ulas bawang putih di cincang 
5tangkai daun kucai - di potong kira-kira 1 inci 
250gm udang segar di kupas
100gm kerang (saya sengaja tambah)
2 biji telur
2 sudu besar cili kisar

SOS (di masukkan kedalam mangkuk dan di kacau)
2 sudu besar sos tiram 
4 sudu besar kicap pekat 
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos tomato
1/4 cawan air 


CARA MEMBUATNYA 

1. Panaskan kuali, masukkan 1 1/2 sudu besar minyak masak, tumis bawang putih hingga wangi dan terus masukkan udang. Kacau sebentar, dan masukkan cili kisar serta bahan sos. 

2. Bila sos kelihatan mendidih sedikit, masukkan kway teow dan kacau rata.



3. Di dalam kuali, ketepikan kway teow dan masukkan 1/2 sudu lagi minyak di tengah-tengah kuali dan pecahkan telur hingga separuh masak dan kacau dengan kway teow tadi. Lakukan dengan pantas. Masukkan juga taugeh dan daun kucai dan  rasa jika terkurang masin bolehlah di tambah sedikit lagi kicap.



4. Masak sebentar di atas api dan bolehlah di hidangkan dengan cili jeruk sebagai pelengkap rasa.


Dah masak untuk makan tengahari? :) Menu apa agaknya hari ni ya? Jika terfikirkan menu sihat yang cepat dan mudah di sediakan...apa kata cuba resepi ikan kukus yang ringkas dan menggunakan bahan yang ada di dapur rumah kita. Tapi dalam mengukus ikan ni, boleh juga di masukkan asam boi yang berwarna putih tu...pasti rasanya lebih enak lagi.

Resepi ikan kukus saya ni mudah dan pasti kebanyakan orang tau cara ni. Namun ada juga pengikut blog saya ni di kalangan yang masih belajar dan minta resepi yang ringkas dan cepat di sediakan. Saya sekadar berkongsi resepi di sini untuk memudahkan kerja memasak, dan di harap ia bermanfaat terutama sekali yang baru belajar. :)

Jenis ikan tak semestinya sama seperti yang saya gunakan. Jika menggunakan ikan kembung yang masih segar juga rasanya tetap sedap. 

Jom kita lihat resepinya...:)




IKAN KUKUS 

BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan di bersihkan (atau beberapa ekor ikan kembung)
3 ulas bawang putih di hiris halus
1 kiub ayam maggi + 1/2 cawan air 
6 biji cili padi - di potong 
1 inci halia
2 batang serai 
1 labu bawang besar - di potong
1-2 sudu besar kicap cair atau kicap ikan 
1/2 sudu atau 1 sudu teh gula 
Jus sebiji limau nipis
3 biji asam boi berwarna putih - Jika suka (pilihan - tak letak pun tak mengapa)


CARA MEMBUATNYA

1. Bersihkan ikan, kelar dan di lumur sedikit garam. Ketepikan 


2. Dalam satu mangkuk, campurkan semua bahan-bahan yang telah di potong tadi dengan kicap, jus limau, kiub ayam serta gula dan lumurkan hingga kedalam perut ikan serta curahkan ke atas ikan tadi.



3. Panaskan pengukus, masukkan ikan tadi. Kukus hingga 15minit. Hidangkan ketika masih panas.

Saya sengaja cuba kukus di dalam hotplate dan panaskan sebentar di atas dapur gas hingga menggelegak setelah di angkat dari kukusan sebelum di hidangkan ;)