Assalamualaikum,
Boleh ke isi limau bali di buat kerabu? Pasti ada yang tertanya-tanya. Jawapannya memang bolehlah. Sedap pula tu. Sesetengah resepi mencampurkan isi ikan yang di goreng terlebih dahulu seperti yang kita lihat di DI SINI. Saya gunakan resepi yang sama tapi di ubahsuaikan sedikit kerabu ini dan mencampurkannya dengan isi udang yang di rebus terlebih dahulu. Buat pula pedas-pedas sedikit..hmm memang layanlah dengan nasi panas. Sedap sangat...:). Boleh je gunakan limau bali yang manis, kerana kita boleh suaikan rasanya nanti dengan memasukkan jus limau kasturi atau limau nipis yang di perah ke dalamnya sebelum di hidangkan.
Jom kita lihat resepi.
KERABU LIMAU BALI DAN UDANG
Beberapa ekor udang - lagi banyak lagi sedap
200 gm isi Limau Bali dicerai-ceraikan sedikit
1 urat kacang panjang- dipotong kecil
3 ulas bawang merah dihiris nipis
5 tangkai cili api - ditumbuk halus (ikut citarasa pedas)
1 batang serai dihiris kecil dan ditumbuk halus juga
1 biji tomato- Di buang bahagian bijinya untuk mengelakkan dari berair dan hiris halus
1 biji limau nipis- perah jusnya
sedikit kicap sotong dan gula
Cara membuatnya:
1. Kupas kulit udang, bersihkan dan rebus sebentar dengan sedikit garam. Tos dan ketepikan.
2. Tumbuk cili padi dan serai yang di hiris nipis. Masukkan bahan-bahan lain seperti kacang panjang, bawang merah, cili padi, tomato, serai dan limau bali. Perahkan limau nipis dan gaul sebati. Perasakan dengan kicap sotong dan gula. Gaul lagi dengan udang rebus dan sejukkan sebentar di dalam peti ais. (Jika limau sememangnya telah disejukkan, bolehlah dihidang terus bersama nasi dan lauk-pauk lain)
Untuk lauk sepadan, lauk-pauk ala Thai sungguh sesuai dihidang bersama sebab kerabu ni ikut selera Thai yang ada pedas, masam, manis dan rangup.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)