Bengkang durian sebenarnya enak dan mudah di sediakan jika kena dengan resepi. Resepi yang saya buat ini di ambil dari internet, "kuih bakar durian bonda Diana". Minta di halalkan ya resepi ni kepada tuan empunya. Memang marveles resepinya. secukup rasa lemak, rasa durian dan yang paling "syok" keraknya yang saya bakar sedikit garing buatkan rasanya benar-benar sedap. Nak tau sedap yang macamana tu..kena cuba buatlah ya.
Resepi ini boleh dapatkan 2 loyang sebenarnya. Satu loyang untuk di makan di rumah dan satu lagi saya bawa ke rumah emak. Jika keluarga tak besar dan ingin buat satu loyang, pandai-pandailah bahagi dua bahan nya ye :)
Sumber : Resepi Bonda Diana
Bahan-bahannya
1800 ml santan
(dari 1 1/2 biji kelapa parut)
6 biji telur
3 cawan tepung
gandum
1 3/4 cawan gula
pasir (saya kurangkan ke 1 1/2 cwn)
180 gram isi durian
secubit garam
sedikit pewarna
kuning
secukupnya mentega
SCS/ Golden Churn (ini yang buat kuih wangi & sedap)
Cara-caranya
1. Dengan
menggunakan food processor/ blender, blender semua bahan-bahan diatas
(didahului dengan bahan cairan) dan tuang kedalam bekas yang besar. Ini yang
paling mudah supaya adunan tidak bergentel. Kemudian gunakan senduk dan kacau
adunan tepung supaya sebati.
2. Panaskan acuan
kuih bakar/ loyang dalam oven dan bila telah panas keluarkan dan letakkan 1
sudu besar mentega dalam acuan Kuih Bakar dan jika gunakan loyang mentega
lebihkan (ini yang buat tepi Kuih Bakar garing dan baunya harum. Jika guna
acuan dan keluarkan kuih boleh terus letak mentega pusing-pusing sikit kasi
cair (sebab acuan panas) dan boleh tuang adunan tepung.
3. Kemudian bakar
pada suhu 200 darjah C selama 45 - 60 minit.
Nota PENTING: Jika
anda menggunakan loyang sila tambahkan 1/4 cawan tepung kepada resipi diatas,
jika tidak kuih agak terlalu lembut untuk dipotong. Kalau guna acuan kuih bakar
pecah 8 boleh gunakan resipi seperti diatas.
Jika menggunakan loyang,
selepas selesai bakar, hendaklah sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum
keluarkannya dari loyang. Kalau guna acuan kuih bakar pecah 8, selepas bakar
boleh terus keluarkan kuih dari acuan.
Untuk bengkang tahan lama, masak air hingga mendidih dan masukkan kelapa parut. Bila menggunakan santan yang telah di masak, kuih bakar lebih tahan lama, tidak cepat bertali, ini petua dari bonda.
|
|
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)